Penang FC ‘Sapu’ Trio Pemain Perak Untuk Kuatkan Cabaran Musim Depan

Hafizul Hakim

Hafizul Hakim, Adib Raop dan Syamin Baharuddin sah menandatangani kontrak bersama pasukan Penang FC setelah diumumkan pada media sosial rasmi pasukan berkenaan sebentar tadi.

Hafizul yang beraksi selaku penjaga gol utama Perak dilihat bakal memberi impak yang baik buat Penang yang telah melepaskan Sam Somerville ke Selangor.

Adib Raop pula dilihat bakal memperkuatkan pertahanan dan bahagian sayap kiri untuk mengimbangi corak permainan pasukan Penang yang telah melepaskan Amer Azhar sebelum ini.

Untuk rekod, Hafizul Hakim pernah membantu pasukan Perak untuk menjulang Piala Malaysia pada musim 2018.

Pemain ini juga mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya dan pernah mewakili Harimau Muda pada awal pembangunan.

Adib pula merupakan pemain muda yang baru berusia 22 tahun dengan prospek yang cukup baik dipamerkan sepanjang bersama pasukan Perak.

Pemain ini mula menyerlah sejak awal 2020 ketika bersama pasukan feeder Perak dan diangkat bersama pasukan utama pada musim ini.

Pemain ketiga iaitu Syamin Baharuddin juga merupakan pemain yang berakar umbi dari skuad remaja Perak.

Pernah berkhidmat bersama-sama PKNP FC dan Perlis sebelum ini, Syamin yang berusia 25 tahun musim lalu turut bersama-sama Hafizul dan Adib dalam skuad Perak.

Penang FC setakat ini sudah menandatangani beberapa pemain tempatan selain belum mengumumkan lagi barisan import terbaharu.

Hanya Cassagrande dan Rafael Vitor sahaja dikekalkan bersama Penang FC untuk musim hadapan, selain beberapa tonggak utama mereka juga sudah dilepaskan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN