Taylor Regan Tamatkan Baki Kontrak Dan Heret Sarawak United Ke FIFA

Pemain pertahanan dari Australia, Taylor Regan menamatkan baki kontrak 12 bulan bersama Sarawak United walaupun berjaya membantu pasukan itu mara ke saingan Liga Super Malaysia pada musim hadapan setelah menamatkan saingan pada musim ini selaku naib juara Liga Premier.

Tidak cukup dengan itu, laporan oleh The Star pada hari ini turut mendedahkan pemain import berusia 33 tahun itu turut mengheret Sarawak United kepada FIFA selepas tidak menerima gaji sejak beberapa bulan lalu.

Sudah beri peluang

Bercakap kepada The Star, Taylor Regan mendakwa pengurusan Sarawak United masih gagal menjelaskan tunggakan gaji selama 4 sehingga 5 bulan.

“Kami telah banyak memberi peluang kepada boss [Presiden] Sarawak United untuk menjelaskan bayaran gaji sepanjang tahun, tetapi beliau masih berhutang dengan kami selama empat dan lima bulan gaji, temasuk janji manis bayaran bonus sepanjang tempoh itu,” dedah Taylor Reagan.

“Sebagai kapten pasukan, saya memastikan barisan pemain sentiasa bermotivasi untuk mendapatkan keputusan positif, tetapi keputusan saya meninggalkan kelab ini adalah untuk menunjukkan kepada semua masalah ini masih wujud, dan ia tidak adil untuk pemain yang telah banyak berkorban sepanjang musim.

“Kami dijanjikan gaju kami beberapa bulan lalu, tetapi ia tidak pernah dipenuhi, dan ramai pemain kini sedang mencari peluang beraksi bersama kelab lain.”

Luahan di Instagram

Melalui perkongsian di laman Instagram pemain itu, Regan berkata beliau tidak mempunyai pilihan selain daripada bertindak sedemikian selepas pengurusan kelab seperti tidak mengambil endah perkara yang berlaku di dalam pasukan.

“2021 adalah musim yang dianggap berjaya dan menyeronokkan, tetapi kini tiba masanya untuk mengucapkan selamat tingga;,” kata pemain itu.

“Kami [pasukan] telah mencapai banyak kejayaan pada tahun ini dan saya sendiri telah membina persahabatan seumur hidup bersama kumpulan pemain dan kakitangan di sini.

“Ini adalah keputusan yang sukar kerana saya masih mempunyai baki kontrak selama 12 bulan. Tetapi keadaan kewangan yang menjadi isu kelab membuatkan saya tiada pilihan lain.

“Saya masih berharap pihak kelab masih mampu mencari jalan penyelesaian untuk membayar gaji rakan sepasukan lain dan barisan kejurulatihan secepat mungkin.

“Mereka [pemain dan jurulatih] sememangnya berhak [mendapatkan] apa yang telah dijanjikan [oleh pengurusan]. Selamat maju jaya kepada semua pihak untuk masa hadapan.”

Di dalam muat naik Instagram yang sama, seorang lagi pemain import Sarawak United, Sandro da Silva sempat meluahkan pendapat dan kekecewaan yang melanda pasukan itu.

“Malang sekali perancangan oleh kelab tidak menjadi, dan kini mereka kehilangan ramai pemain yang hebat,” ulas Sandro.

Apa nasib Sarawak United?

Umum mengetahui isu kewangan yang dihadapi oleh Sarawak United sejak beberapa bulan lalu terutama ketika saingan Piala Malaysia sedang berlangsung.

Dianggap sebagai pasukan underdog, Sarawak United bagaimanapun masih berjaya menghasilkan beberapa keputusan memberangsangkan termasuk ketika menewaskan Penang FC dan Sri Pahang FC sehingga berjaya mara ke suku akhir pertandingan tersebut pada musim ini.

Sarawak United sebelum ini hanya memperolehi lesen kebangsaan bersyarat daripada FAM. Sekiranya Sarawak United FC gagal bekerjasama atau memenuhi syarat dengan cara apa pun, perkara akan diajukan kepada FIB dan sekatan berdasarkan Artikel 2.4 Peraturan Kelab MFL 2021.

Berdasarkan artikel tersebut, Sarawak United boleh  dikenakan tindakan tidak terbatas kepada pemindahan larangan, penyingkiran ke pembahagian bawah dan pengeluaran lesen.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN