Pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula terus menjadi mangsa kritikan peminat bola sepak tempatan apabila penampilan pemain itu dalam perlawanan menentang Kemboja – kali ini di pertandingan Piala AFF – sekali lagi mengecewakan.
Dikeluarkan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe pada minit ke-65 perlawanan untuk memberi laluan kepada Luqman Hakim Shamsuddin, De Paula jelas kecewa apabila bertindak menyepak beberapa botol minuman ketika berjalan ke arah bangku pemain simpanan.
TCH on Guilherme:
"I will handle this matter. He's giving his best in training + very committed. Sometimes this is frustration because he couldn't get a goal.
"I'm sure De Paula is mature enough, hope he can set a good example for the team."#AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020
— Gabe Tan (@gabetan13) December 6, 2021
Ketika melalui bahagian penyokong Malaysia, De Paula kemudian dilihat merenung tajam ke arah penyokong-penyokong Malaysia yang memberikan tepukan gemuruh kepadanya, sebelum membaling botol air di bangku simpanan.
Ditanya wartawan mengenai sikap pemain itu, Tan Cheng Hoe berkata ia mungkin disebabkan rasa kecewa, dan berharap pemain itu memperbetulkan sikap supaya boleh menjadi contoh kepada pemain lain.
Penyokong lagi kecewa
Tidak dapat dipastikan apakah yang dikecewakan oleh De Paula. Beliau mungkin kecewa kerana dikeluarkan oleh Tan Cheng Hoe, atau mungkin juga kecewa dengan prestasi dirinya.
Apa pun kekecewaan De Paula, beliau harus tahu ramai yang lebih kecewa disebabkan oleh aksi beliau sejak menyertai skuad Harimau Malaya.
https://twitter.com/DanthennyIsle/status/1467808689587298310
Dianggap sebagai seorang pemain berpengalaman dan memiliki kebolehan teknikal lebih baik, pemain naturalisasi itu bagaimanapun setakat ini amat mengecewakan.
De Paula bnyk kali x perform, patutnya nama dia dah kena gugur dari skuad Harimau Malaya… Tp aq rasa ni semua agenda FAM yg duk pressure Paula utk main sbb nk bagi bukti kononya projek naturalisasi diorg berjaya, tu yg nama dia still first e… #AFFSuzukiCup #HarimauMalaya
— Peter Parker (@spiderguypeter) December 6, 2021
Jika sebelum ini, lawan seperti Jordan, UAE, Bahrain dan Uzbekistan dianggap sebagai lawan yang lebih sukar. Tetapi perlawanan menentang Kemboja pada petang semalam turut tidak terkecuali menampilkan aksi buruk penyerang JDT itu.
@FAM_Malaysia mohon De Paula beraksi dengan rambut Harimau Malaya – Hitam Kuning. Utk unlocked bakat terpendam beliau. 💪🏽 https://t.co/LmjuaDQsl4
— Emon (@E_Blackbeard) December 6, 2021
Maka tidak hairanlah penyokong, khususnya netizen meluahkan kekecewaan masing-masing terhadap De Paula di media sosial.
Statistik mengecewakan De Paula
Statistic never lie. Apa yang ditampilkan oleh De Paula di dalam padang dalam perlawanan semalam turut boleh digambarkan melalui statistik perlawanan.
Berdasarkan statistik di atas, De Paula merekodkan 100% percubaan tepat. Tetapi peratusan itu hadir kerana beliau hanya menghasilkan satu percubaan tepat sepanjang 65 minit aksi di atas padang.
Sepanjang tempoh itu, De Paula juga hanyab menghasilkan satu hantaran penting (key passes). Ini bermakna lain yang dilakukan oleh De Paula kurang memberi makna kepada pasukan.
De Paula juga hanya merekodkan 80% ketepatan hantaran di kawasan lawan, jumlah yang sepatutnya lebih baik sebagai seorang pemain di jentera serangan – terutama untuk memastikan penguasaan bola.
Tidak dapat dinafikan Akhyar Rashid beraksi jauh lebih baik daripada De Paula dalam perlawanan ini. Safawi pula diarahkan untuk lebih kerap turun ke bawah pada babak kedua turut mampu melakukan hantaran penting dan tackle yang lebih banyak daripada De Paula.
Maka tidak hairanlah mengapa De Paula akhirnya dikeluarkan oleh Tan Cheng Hoe pada minit ke-65 perlawanan.
Sebagai perbandingan, pemain yang dimasukkan oleh Tan Cheng Hoe selepas mengeluarkan De Paula seperti Kogileswaran Raj, Luqman Haki, Arif Aiman dan Shahrel Fikri turut berjaya menyamai atau menghasilkan statistik yang lebih baik berbanding De Paula.
Rumusan
Kami yakin De Paula akan terus diberikan kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe untuk beraksi dalam perlawanan seterusnya di Singapura. Ini kerana skuad negara mempunyai jumlah pemain yang terhad dan kudrat setiap pemain harus digunakan dengan bijaksana.
Namun De Paula harus sedar beliau harus meningkatkan prestasi semasa beliau. Jangan salahkan penyokong atau media mengadili prestasi anda.
Anda adalah pemain naturalisasi yang sepatutnya menjadikan pasukan lebih baik. Apa gunanya naturalisasi sekiranya pemain tempatan mampu beraksi lebih baik?