Khairu Azrin ‘Acong’ Berterima Kasih Kepada Penang Yang Angkat Semula Reputasinya

Khairu Azrin Kedah 2022 Penang FC 2020 2021

Khairu Azrin Khazali telah kembali berada di puncak karier sejak menyertai Penang FC bermula pada musim 2020, membantu mereka menjuarai saingan Liga Premier dan menduduki tangga ketiga Liga Super 2021.

Pemain yang bermula kariernya bersama PKNS FC (kini Selangor 2) itu boleh dikatakan mula kembali hangat diperkatakan apabila bersama Penang FC berbanding empat lagi pasukan yang pernah disertainya sebelum ini.

Beliau berhijrah ke Melaka pada musim 2017 selepas lima musim berada di PKNS FC – di mana kariernya lebih menyinar. Hanya bertahan enam bulan, beliau kembali semula ke Semut Merah. Beliau kemudian menyertai B. Satiananthan di FELDA United untuk membantu menjuarai saingan Liga Premier 2018 bersama mereka.

Beliau berhijrah ke Terengganu FC untuk bersama Irfan Bakti pada musim 2019, namun segalanya tampak kurang menjadi apabila pengendali itu digantikan oleh pengendali muda, Nafuzi Zain pada pertengahan musim.

Beliau telah dipikat Manzoor Azwira untuk ke Penang FC yang sedang dalam proses membina semula pasukan untuk kembali meraih tiket promosi ke Liga Premier selepas dinafikan tiket itu pada saat akhir di musim 2019 akibat masalah tunggakan gaji. Beliau hadir dengan reputasi biasa-biasa, tetapi kembali meningkat di sana.

Reputasi yang diciptanya di sana adalah sebagai pemain nombor 6 terbaik yang sudah lama tidak disaksikan penyokong. Beliau menjadi kunci kestabilan pasukan dalam fasa bertahan dan juga menyerang Penang FC.

Ujarnya sebelum ini, “Jika jurulatih menggunakan taktikal 4-2-3-1, saya dan Rowley akan digandingkan bersama tetapi jika 4-1-4-1 iaitu yang lebih bercorak serangan, saya akan digunakan jurulatih di posisi nombor 6.”

Malah, pengulas sukan, Shahrom Kalam pernah memuji Khairu Azrin dalam rancangan Nadi Bola terbitan Astro Arena. Beliau hairan mengapa pemain seperti Khairu Azrin tidak dipanggil ke kem skuad kebangsaan kerana kekuatan penguasaan bola Harimau Kumbang adalah berteraskan kemampuan Khairu Azrin di tengah.

Penang FC Uji Formasi Taktikal Baharu Untuk Pusingan Kedua Liga Super?

Dalam satu temu bual bersama Malaysian Football League (MFL), Khairu Azrin mengucapkan penghargaan kepada Penang FC. “Segala jasa Penang tidak akan dilupakan kerana di sinilah saya rasa karier ini kembali naik dan ramai mula dapat melihat semula kemampuan saya,” ungkapnya ketika bercakap tentang Penang FC.

“Dua musim yang istimewa di Penang yang saya tidak lupakan selain penyokong-penyokongnya yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan,” tambahnya lagi yang merupakan salah seorang rekrut baharu Kedah Darul Aman FC bersama tiga rakan sepasukan dari Penang FC, Amer Azahar, Al-Hafiz Harun dan Azmeer Aris.

Bercakap tentang pasukan barunya, Kedah, ujarnya, “Sebenarnya Kedah sudah lama menyatakan hasrat untuk mendapatkan saya melalui kesungguhan serta minat yang ditunjukkan jurulatih mereka, Aidil [Sharin Sahak]. Melihatkan caranya yang begitu serius mahukan saya bersama Kedah nyata membuatkan saya terbuka hati.”

“Pada masa sama, saya amat hormati Kedah yang merupakan sebuah pasukan punyai nama besar serta reputasi tersendiri dalam Liga Malaysia. Setelah fikirkan masak-masak, barulah saya buat keputusan untuk bersama Kedah dan harap saya akan memperoleh banyak pengalaman baharu di sana,” tambahnya lanjut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN