Analisis: Kenapa Guardiola Label Aksi Bravo ‘Mengagumkan’ Disebalik 2 Kesilapan

Dalam analisis kali ini, kami akan menganalisis keberkesanan Claudio Bravo dalam penampilan sulung beliau ketika Derby Manchester di mana Manchester City menang 1-2.

Pujian Guardiola Ke Atas Bravo

Selepas kemenangan ke atas United, Pep Guardiola lantas memberikan pujian kepada Bravo dengan menyatakan ia adalah aksi terbaik dan mengkagumkan.

Ramai pihak merasakan kenyataan seperti ini sudah biasa yang dikeluarkan oleh pengurus untuk menjaga hati pemain mereka.

Dalam perlawanan ini, Claudio Bravo melakukan 2 kesilapan mudah (blunders), salah satu daripadanya dihukum oleh Ibrahimovic.

Oleh itu, ini mungkin jawapan kepada persoalan sama ada Guardiola mengeluarkan kenyataan atas kapasiti bola sepak ataupun sekadar menjaga hati.

Sejak dari awal lagi Guardiola menyatakan beliau mahukan goalkeeper-sweeper. Dalam perlawanan ini Bravo mungkin agak lemah menangkap bola dalam beberapa situasi tertentu kerana kualiti hantaran oleh Manchester United.

Namun begitu, 2 aspek ini adalah yang terpenting dalam menilai aksi Bravo dalam perlawanan ini.

1. Teamplay

Guardiola mahukan penjaga gol yang boleh menjadi sweeper dan terlibat dalam team play di belakang. Ini adalah laporan chalkboard jumlah hantaran yang diterima oleh Bravo.

br1

Dalam ranking yang dikeluarkan stastzone, Manchester City terlalu unggul dalam kombinasi hantaran di antara pemain. Gandingan Bravo-Otamendi berada di tangga ke-8.

braaa

Guardiola pernah berkata, ia adalah risiko biasa untuk penjaga gol ditekan dan mungkin melakukan kesilapan. Namun apa yang paling penting adalah cara untuk menghalang pihak lawan daripada mendapat gol selepas itu.

Guardiola turut memberitahu media bahawa Bravo masih tidak cukup serasi dengan pasukan baru beliau lebih-lebih lagi Bravo hanya berlatih dengan pasukan City dalam 2 sesi latihan sahaja sebelum perlawanan ini.

2. Hantaran

Kualiti hantaran Bravo dalam perlawanan ini adalah perkara yang mungkin menjadi antara aspek utama yang dinilai Guardiola ketika mengeluarkan perkataan pujian ‘aksi terbaik’ kepada Bravo.

Ini adalah rekod hantaran Bravo ketika menentang Manchester United dengan 93% adalah tepat daripada 37 hantaran.

br2

Bandingkan pula dengan data Caballero ketika menentang West Ham sebelum ini yang melakukan 81% hantaran tepat. Itu sudah dikira tinggi untuk penjaga gol. Jumlah hantaran Caballero adalah 24.

br4

Dalam perlawanan ke-2 liga mereka, Caballero mencatatkan peratusan hantaran hanya 61% daripada 40 hantaran ketika menentang Stoke City.

Ini adalah aksi jumlah hantaran yang di atas 30.

br5

Ini pula data daripada perlawanan pertama menentang Sunderland di mana Caballero melakukan 80% hantaran tepat daripada 22 hantaran yang membuatkan Guardiola memuji aksi Caballero pada ketika ini.

br6

Ia adalah satu penilaian berdasarkan jumlah hantaran yang banyak dengan peratusan yang tinggi.

Jadi, aksi Bravo menentang United adalah yang terbaik berdasarkan kualiti pasukan yang mereka tentang dan tekanan yang lebih kuat, intensif dan berkuliti diberikan oleh United.

Bravo Adalah Penjaga Gol Yang Tepat!

Jadi, jelas sekali Pep Guardiola berpuas hati dengan Bravo kerana mampu memberikan sumbangan yang besar dalam rancangan serangan pasukan. Ini yang dicari-cari oleh Guardiola untuk bermain di dalam pasukan beliau.

Mengulas tentang kesilapan Bravo yang melepaskan bola untuk gol Ibrahimovic, Guardiola berkata ia lebih kepada kehebatan Ibrahimovic berbanding dengan kesilapan kecil oleh Bravo.

claudio-bravo

Beliau tidak ada masalah dengan perkara tersebut kerana beliau memang suka melihat penjaga gol yang aktif keluar untuk memenangi bola dan beliau tidak akan membuang masa untuk menganalisis kembali situasi tersebut.

Rumusan

Kesimpulannya, ia adalah penilaian yang terlalu teknikal dari sudut keperluan taktikal. Kualiti hantaran bukan lagi dikira pada hantaran biasa yang dilakukan oleh penjaga gol, ia lebih kompleks.

Seakan-akan kemampuan penjaga gol untuk mencetuskan gerakan serangan dan kebolehan untuk bermain dengan outfield players adalah isu yang paling penting dalam pasukan Guardiola.

Jadi, amat penting untuk membentuk keserasian secara taktikal di antara pemain yang bermain (outfield players) dengan penjaga gol.

Ia akan menambahkan lagi keberkesanan secara formasi dengan sokongan secara unit oleh para pemain di dalam padang.

Baca juga Analisis Taktikal EPL 2016/2017: Man City Tumbangkan Man United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN