Terengganu City FC: Kelab Bola Sepak Cetusan Penyokong Yang Mahukan Perubahan

Bukan mudah untuk menjadi peminat bola sepak tempatan di Malaysia.

Meskipun prestasi skuad kebangsaan sudah lama merudum, lagak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mentadbir bola sepak negara adalah seperti Malaysia setaraf prestasinya dengan Thailand, Jepun dan Korea Selatan.

Siapa yang mentadbir FAM? Presiden FAM. Siapa yang melantik Presiden FAM? Ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) FAM. Siapa yang melantik exco FAM? Siapa lagi kalau bukan pentadbir-pentadbir persatuan bola sepak negeri.

Dalam erti kata lain untuk mengubah bola sepak Malaysia, bola sepak di peringkat negeri mesti diubah.

Bukan satu kebetulan sebenarnya apabila hampir semua penyokong bola sepak tempatan mendesak perubahan kepada pengurusan bola sepak negeri. Kecuali Johor, penyokong-penyokong dari Perlis sehingga Sarawak semuanya menuntut perubahan sama.

dsc_4389 (1)

Cuma silap kita sebagai peminat bola sepak tempatan adalah majoriti daripada kita hanya tahu ‘bising’ di media sosial.

Inilah yang cuba diubah oleh 4 orang anak muda Terengganu yang menubuhkan Terengganu City Football Club (TCFC).

Mencari pengasas TCFC

Kali pertama saya dengar tentang TCFC, saya tahu saya perlu menemuramah pengasas kelab ini.

Masakan tidak. Terengganu sudah mempunyai 3 kelab bola sepak: Terengganu FA, T-Team FC dan Hanelang FC. Mengapa perlu ada TCFC?

whatsapp-image-2016-08-05-at-2-32-48-am

Selain itu, ada banyak lagi soalan yang saya mahu tanya kepada pengasas TCFC.

Pencarian saya untuk menemuramah pengasas TCFC ini membawa kepada perkenalan saya dengan 2 daripada 4 pengasasnya, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik J dan Encik D.

Berikut merupakan hasil temuramah saya bersama mereka.

SB: Mengapa tubuhkan TCFC?

TCFC: Terengganu dah banyak menghasilkan pemain-pemain yang bagus.

Walaupun dikurniakan banyak pemain-pemain yang berbakat, kelab-kelab bola sepak Terengganu (Terengganu FA, T-Team dan Hanelang FC) masih gagal memenuhi jangkaan peminat bola sepak Terengganu.

Pengurusan kelab pula gagal membawa kelab mereka mencapai tahap tinggi.

Jadi kami cuba mewujudkan sebuah kelab profesional yang diurus dengan baik beserta model bisnes yang teratur. Setaraf dengan kelab-kelab di Thailand seperti Buriram United, Muangthong United atau Suphanburi FC.

SB: Kenapa Terengganu City FC? Kenapa tak ambil satu bandar di Terengganu, kumpul sokongan komuniti di sana dan bermula dari sana?

TCFC: Pada mulanya memang kami dah tubuh kelab yang berasaskan daerah seperti apa yang pernah disarankan oleh Lucius Maximus dalam bukunya, Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.

Tapi di Malaysia, aktiviti bola sepak kita banyak tertumpu di kawasan yang ramai penduduknya. Malah semangat kenegerian juga masih tebal. Fokus sokongan mereka lebih tertumpu kepada negeri.

Hasil daripada kajian pendapat yang kami buat, kelab yang diasaskan di ibu negeri jauh lebih popular berbanding kelab yang ditubuhkan di daerah lain. Walaupun kelab tersebut mempunyai kemudahan yang bertaraf dunia.

whatsapp-image-2016-08-05-at-2-18-49-am

Apabila kami mengadakan sesi perbincangan dengan komuniti-komuniti setempat di Terengganu, mereka mencadangkan kami untuk mewakili semua bandar dan daerah di Terengganu.

Dari situlah tertubuhnya idea slogan TCFC iaitu ‘Our Cities, Our Club’. Slogan itu memmbawa maksud TCFC akan mewakili seluruh bandar-bandar di Terengganu.

SB: Apakah isu-isu yang menyebabkan pembangunan bola sepak Terengganu terbantut walaupun anda mempunyai banyak pemain-pemain berbakat?

TCFC:

1. Pemain hebat, kelab tak hebat

Tak dinafikan, Terengganu adalah kilang melahirkan pemain-pemain bola sepak berbakat. Kejayaan Terengganu dalam SUKMA sebelum ini adalah salah satu buktinya.

Tapi sayangnya sehingga kini, Terengganu masih ketandusan kejayaan dalam liga bola sepak profesional.

Perkara ini membuatkan kami berfikir; mesti ada sesuatu yang tak kena dengan cara pengurusan kelab-kelab bola sepak Terengganu.

Mereka masih lagi bergantung harap kepada peruntukan dari kerajaan.

2. Kelab-kelab bola sepak Terengganu tak hargai etika kerja orang-orang muda

Satu lagi masalah yang kami jumpa adalah kelab-kelab Terengganu sekarang ini banyak mensia-siakan idea dan etika kerja orang-orang muda Terengganu.

Lihatlah hasil kerja anak-anak muda Terengganu di bahagian media Terengganu FA. Lihat hasil kerja hebat mereka di platform media sosial Terengganu FA.

https://twitter.com/OfficialPBSNT/status/771728597312675841

Walaupun Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sudah mengadakan diskusi dengan penyokong untuk memperbetulkan kepincangan pengurusan, tetapi sehingga sekarang idea orang-orang muda tidak dipraktikkan.

Di TCFC, kami akan galakkan lagi penyertaan orang-orang muda Terengganu untuk membangunkan bola sepak Terengganu. Sebab itu jugalah TCFC ditubuhkan.

SB: Boleh anda perkenalkan kepada umum siapa pengasas TCFC?

TCFC: TCFC diasaskan oleh 4 orang penyokong bola sepak Terengganu yang bekerja dalam 4 profesion berikut:

  • kejuruteraan
  • arkitek
  • doktor perubatan
  • penganalisis bola sepak

whatsapp-image-2016-08-05-at-2-19-38-am

SB: Apakah falsafah bola sepak TCFC?

TCFC: Kami menyokong falsafah bola sepak moden. Dari segi permainan, kami mahu TCFC bermain hantaran pendek dan sentiasa melihat untuk menguasai bola dan menyerang.

Dari segi pembangunan pemain-pemain muda, kami berminat dengan falsafah pembangunan pemain-pemain muda dari akademi Belgium dan Iceland. Kami berminat bagaimana dengan negara yang berpopulasi kecil, mereka boleh menghasilkan pemain-pemain bertaraf dunia.

Kemudian dari segi kejurulatihan, kami mahu belajar dari orang luar. Kami akan mencari kepakaran jurulatih dari luar negara yang berpengalaman.

SB: Apa langkah seterusnya bagi TCFC?

TCFC: Ketika ini dengan bantuan Kementerian Belia Dan Sukan, kami sudah siap mendaftarkan TCFC di bawah Suruhanjaya Sukan Malaysia. Jadi TCFC sudah berdaftar sebagai sebuah kelab bola sepak yang boleh bertanding dalam kejohanan yang dianjurkan oleh FAM.

Langkah seterusnya adalah mencipta logo pasukan. Seperti yang anda tahu, ketika ini (ketika temuramah ini dijalankan) kami sedang mengadakan pertandingan mencipta logo untuk TCFC di semua platform media sosial kami.

Pada masa yang sama selain duit yang kami laburkan dari poket kami sendiri, kami juga sedang merangka pelan pemasaran untuk mendapatkan penajaan dari beberapa syarikat swasta dan jualan merchandise kelab.

whatsapp-image-2016-08-05-at-2-32-47-am

Kemudian, kami akan mengadakan forum dengan penyokong TCFC untuk menentukan arah tuju kelab.

Dalam forum ini, kami akan memberitahu mereka bahawa penyokonglah yang akan menentukan hala tuju kelab. Bukan kami berempat.

Kami hanya bertindak sebagai ahli lembaga pengarah kelab sahaja. Atau dalam bahasa mudahnya; pentadbir kelab sahaja.

Dalam forum ini juga, TCFC akan melantik kumpulan penyokong untuk mewakili seluruh penyokong TCFC di perjumpaan ahli lembaga pengarah kelab.

SB: Ini soalan terakhir. Adakah peminat bola sepak tempatan akan dapat menyaksikan TCFC di Piala FAM 2017?

TCFC: Belum lagi dalam masa terdekat. Untuk bertanding dalam Piala FAM, kami perlu mendapat surat sokongan dari Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dahulu.

Kalau tak dapat pun, kami akan tumpukan usaha kami untuk mengumpul sokongan daripada orang-orang Terengganu dahulu. Cipta fanbase. Bila dah ada sokongan fanbase, barulah TCFC akan melihat untuk bertanding.

whatsapp-image-2016-08-05-at-2-18-48-am

Kesimpulan

Jika melihat kepada visi pengasas TCFC ini, jelas mereka sudah letih menunggu ‘orang-orang tua’ di Terengganu FA, T-Team dan Hanelang FC untuk berubah dan menjadi progresif.

TCFC mungkin kecil lagi ketika ini. Tetapi kehadiran mereka berpotensi menghadirkan ripple effect kepada bola sepak negara jika diuruskan seiring dengan visi mereka.

Kami menjangkakan lebih banyak kelab-kelab baru yang diasaskan oleh orang-orang muda akan ditubuhkan selepas ini.

Contohnya Shah Alam Antlers FC, sebuah kelab bola sepak di Shah Alam yang dikhabarkan telah berguru dengan kelab J1 League, Kashima Antlers. Ketika ini, saya dengar mereka sedang sibuk menguruskan pendaftaran kelab mereka.

Nantikan temuramah saya akan datang dengan pengasas Shah Alam Antlers FC pula.

Baca juga: 4 Tabiat Buruk Jurulatih Akar Umbi Yang Merencatkan Pembagunan Bola Sepak Negara

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN