Piala Malaysia: Ledakan Pertama Selepas 3 Tahun Hazwan Bakri Bantu JDT Benam Sabah

Hazwan Bakri JDT Sabah Piala Malaysia 2021

Kali terakhir Hazwan Bakri meledak gol adalah pada Ogos 2018 dalam saingan Piala Malaysia ketika JDT menentang Kedah dan akhirnya beliau kembali menemui sentuhan apabila meledak gol berdepan Sabah FC.

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah merekodkan kemenangan ketiga ke atas Sabah dalam aksi Kumpulan D, Piala Malaysia 2021 dengan keputusan 2-0 di Stadium Likas. JDT juga buat kali ketiga belum dibolosi sebarang gol.

Sabah terlebih dahulu dibolosi dua gol seawal 15 minit pertama menerusi jaringan penyerang, Hazwan Bakri dan Gonzalo Cabrera. Lebih menyakitkan, dua gol tersebut adalah gol mudah yang diberikan kepada mereka.

Minit ke-4, Hazwan Bakri berjaya mencipta jaringan pembukaan menerusi kesilapan penjaga gawang Sabah, Rozaimie Rohim yang gagal menangkap bola yang dihantar oleh penjaga gol lawan, Farizal Marlias. Beliau yang meninggalkan gawangnya telah ditewaskan mudah oleh Hazwan Bakri yang merampas bola tersebut.

Ia merupakan jaringan pertama Hazwan Bakri sejak kali terakhir meledak gol di Piala Malaysia pada 2018.

Tuan rumah sekali lagi dibolosi pada minit ke-13 menerusi gerakan antara dua pemain, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez yang akhirnya disudahkan oleh Gonzalo Cabrera – gol keduanya dalam Piala Malaysia.

Kesilapan Randy Baruh memberikan bola kepada Gonzalo Cabrera di kawasan mereka menyaksikan pelawat membuat serangan balas pantas seterusnya berjaya menewaskan Rozaimie Rohim buat kali kedua malam ini.

Selepas itu barulah mereka mula bangkit memperbaiki permainan untuk mula memberi tekanan kepada pelawat. Selepas setengah jam aksi, pengendali, Datuk Ong Kim Swee membuat dua perubahan pemain seterusnya menyaksikan Sabah mula mempamerkan kebangkitan dan berhasil mengasak beberapa kali.

Kombinasi gerakan antara Amri Yahyah dan N.Thanabalan menyaksikan JDT ditekan bertubi-tubi. Antara situasi paling hampir untuk tuan rumah meledak gol adalah menerusi hantaran lintang rendah Amri Yahyah, namun hantaran itu gagal singgah ke kepala Thanabalan yang sudah melemparkan badannya untuk menanduk.

Skuad Harimau Selatan gagal untuk memberikan yang terbaik sebagaimana di awal babak pertama dengan The Rhinos mempamerkan persembahan yang lebih seimbang di setiap posisi walaupun masih gagal meledak gol.

Ia diteruskan di babak kedua dengan anak buah Kim Swee berjaya mengimbangi kekuatan JDT. Kecemerlangan kapten, Farizal Marlias juga menafikan beberapa peluang boleh gol tuan rumah di babak pertama dan kedua.

Empat minit menuju penamat, Sabah berpeluang lagi meledak gol, namun tandukkan Bobby Gonzales tepat kepada Farizal Marlias. Ia peluang terakhir tuan rumah untuk sekurang-kurangnya meraih jaringan saguhati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN