Legenda Liverpool Puji Ronaldo Lebih Bagus Berbanding Salah

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo dan penyerang handalan Liverpool, Mohamed Salah merupakan dua pemain paling digeruni dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Kedua-dua mereka senantiasa menghadirkan bahaya ke kubu lawan dan jelas sekali Ronaldo dan Salah merupakan mimpi ngeri untuk setiap pemain pertahanan lawan.

Sementara Mohamed Salah pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik sepanjang kariernya, Ronaldo pula masih berbisa walau sudah berusia 36 tahun.

The Egyptian King itu terus menerus menjadi penjaring gol utama untuk Liverpool dan beliau turut berjaya memecahkan beberapa rekod pada awal musim ini sahaja.

Mohamed salah berjaya menjaringkan gol dari setiap 10 perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan musim ini, dan beliau turut memecahkan rekod sebagai pemain Afrika paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah saingan Premier League.

Ketika aksi kemenangan 5-0 menewaskan Manchester United minggu lalu, beliau berjaya mencipta hat-trick dan turut mencatatkan satu assists dalam perlawanan tersebut.

Menariknya lagi, Salah turut cemerlang mencipta sejarah baru selepas menjadi pemain pertama dalam sejarah saingan Premier League, yang berjaya mencatatkan hat-trick di Old Trafford.

Dek kerana persembahan mantap dan aksi hebat yang beliau persembahkan sepanjang musim ini, ramai yang percaya bahawa Salah merupakan pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Tiada siapa yang meragui tentang hal itu dan bersetuju bahawa Salah merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, berdasarkan kepada persembahan dan aksi yang beliau persembahkan.

Bahkan ramai juga yang yakin Salah lebih bagus berbanding Ronaldo dan Messi pada ketika ini, dengan duo terhebat sepanjang zaman itu masih belum dapat rentak persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Namun begitu, legenda Liverpool, Graeme Souness mempunyai pandangan yang berbeza, dengan menolak untuk menganggap Salah setahap dengan Cristiano Ronaldo.

Bercakap kepada Sky Sports, Souness menjelaskan tentang Mohamed Salah dan Cristiano Ronaldo (sebelum perlawanan Premier League yang menemukan Manchester United dan Liverpool) dengan beliau menyatakan bahawa:

“Kamu tak boleh bandingkan kedua-dua mereka, ia bukan hanya untuk tempoh tiga bulan terakhir ini sahaja. Ada perdebatan yang mengatakan bahawa Salah merupakan pemain terhebat dunia untuk tempoh tiga bulan terakhir musim ini.”

“Ronaldo turut ada hujah sendiri, Ronaldo boleh duduk di mana-mana ruang dengan mana-mana pemain dari mana-mana generasi dan dia boleh kata, ‘Saya merupakan pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak’.

“Dan orang akan perdebatkan tentang itu. Bagi saya, dia jelas sekali berada di atas sana.”

“Untuk Salah, dia telah melalui beberapa tahun yang hebat bersama Liverpool, ketika ini, dia merupakan yang terbaik, namun Ronaldo masih berada di tahap yang berbeza dari apa yang Salah lalu sepanjang kariernya, di mana dia ketika di tahap ini.”

Graeme Souness kemudiannya menyatakan yang beliau akan memilih Salah berbanding Ronaldo jika melihat kepada prestasi ketika ini.

Namun begitu, beliau yakin jika beliau diminta untuk memilih kedua-dua pemain ini ketika Ronaldo di usia 28 tahun, beliau akan lebih memilih bintang Portugal itu.

“Jika kamu kata saya boleh pilih antara Ronaldo di usia 28 tahun dengan Salah di usia 28 tahun, saya akan pilih Ronaldo, tapi pada ketika ini, dan sekarang, memang saya pilih Salah. Semua orang akan pilih Salah kerana dia sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.”

Satu hal yang pasti, Mohamed Salah sememangnya sedang berada di tahap persembahan yang sungguh dasyat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Lihat saja ketika beraksi bertemu Manchester United minggu lalu, beliau seolah-olah terlalu hebat untuk dikawal oleh barisan pertahanan Manchester United.

Cristiano Ronaldo sendiri juga turut memulakan kempen saingan musim ini dengan sangat baik, dengan beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi debutnya bertemu Newcastle.

Walaupun United sedang bergelut dengan masalah prestasi, namun Ronaldo tetap tenang menjadi penjaring gol utama kelab, dengan beliau kini sudah berjaya meledak enam gol secara keseluruhannya.

https://twitter.com/Sportsinformer3/status/1452270033640607752?t=7zGmly-lzB-igvbO4O3Otw&s=19

Tiada siapa yang akan pertikaian tentang kehebatan Ronaldo dengan beliau sememangnya sudah mendominasi dunia bola sepak sejak lebih sedekad yang lalu.

Namun pada ketika ini, Mo Salah jelas berada di tahap yang berbeza dengan beliau memulakan saingan musim ini dengan sangat sempurna.

Di usia 28 tahun, andai Salah konsisten seperti sekarang untuk tempoh lima musim ke depan sekalipun, kedudukan Ronaldo dan Messi sebagai pemain terhebat sepanjang zaman tidak akan terjejas.

Salah walau bagaimanapun, mungkin akan terus dikenang sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam saingan Premier League.

Hal ini kerana beliau yang awalnya dianggap ‘One Season Wonder’ berjaya mempertahankan aksi mantapnya sehingga ke hari ini, dan telah memecahkan pelbagai rekod dalam saingan Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN