Pekerja Stadium Wankdorf, arena milik Young Boys yang menjadi saksi kebangkitan kelab Switzerland itu mencipta sejarah menewaskan Manchester United baru-baru ini bertengkar dan melabel Cristiano Ronaldo sebagai biadap.
Ironinya, pekerja stadium tersebut, Marisa Nobile turut menjadi mangsa rembatan bola pemain Portugal itu, yang terkena bahagian muka, ketika sesi memanaskan badan.
Adakah ianya perbuatan balas dendam dari bekas pemain Real Madrid dan Juventus itu terhadap Marisa?
Cristiano Ronaldo gesture after he unfortunately knocks down a steward with a shot before the game.
You love to see this.❤️👏pic.twitter.com/U2lAuKFTPj
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) September 15, 2021
Bukan pertemuan pertama
Sebenarnya perlawanan pada awal pagi Rabu (waktu Malaysia) bukan pertemuan pertama membabitkan Marisa Nobile dan Cristiano Ronaldo.
Berkongsi kisahnya kepada MARCA, Nobile mendedahkan bagaimana kedua-duanya bertemu ketika Ronaldo masih bersama Real Madrid beberapa tahun yang lalu. Pertemuan pertama itu tidak berakhir dengan baik buat kedua-duanya.
“Apabila beliau beraksi di sini [Stadoum Wankdord] bersama Real Madrid, saya tidak habis-habis menyumpah seranah dia. Saya memang tidak kenal siapa Ronaldo pada ketika itu,” kata Nobile.
Cristiano Ronaldo checking on the steward he accidentally hit during shooting practise 👏
(via xalobaba91/TikTok) pic.twitter.com/9CyCZ1W2Kr
— ESPN FC (@ESPNFC) September 15, 2021
“Ronaldo ketika itu asyik berlari di padang walaupun selepas tamat perlawanan. Saya berkata kepadanya: “Perlawanan sudah tamat. Jika anda terus berlari di sini, penonton tidak akan pulang dan meninggalkan stadium.
“Masalahnya dia tidak menghiraukan saya dan meneruskan larian. Saya pula sudah keletihan. Selepas itu dia arahkan saya berjumpa dengan jurulatih.
“Saya pun bertegas dan berkata: “Adakah ia akan berakhir atau tidak? Ini Switzerland lah! Dia kemudian menghalau saya. Dia adalah seorang lelaki pada pandangan saya sangat biadap, sehinggalah kepada kejadian semalam, saya tidak pernah sukakan Cristiano Ronaldo.”
Pertemuan kedua ubah perspektif
Apabila kedua-duanya bertemu sekali lagi, ia tampak seperti perseteruan di antara Nobile dan Ronaldo akan berterusan apabila bola yang disepak pemain berjersi No.7 ketika sesi memanaskan badan terkena muka Nobile.
Adakah ianya sepakan yang disengajakan oleh Ronaldo kerana kejadian lepas?
“Ia bukan balas dendam. Saya tidak fikir sedemikian,” jelas Nobile.
Ronaldo gifted his shirt to the steward he hit with the ball during a warm-up before Tuesday’s Champions League game 📸 pic.twitter.com/TmEhaurk6Q
— B/R Football (@brfootball) September 15, 2021
“Beliau terus datang kepada saya dan memegang tangan, mengusap muka saya, dan bertanya, ‘adakah awak ok, awak ok?’
“Sekarang saya akan menjadi peminat No.1 Ronaldo.”
Cristiano Ronaldo menjaringkan satu gol untuk Manchester United, namun gagal memberikan sebarang mata kepada pasukan barunya itu selepas Young Boys bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1.
Ronaldo bagaimanapun bertindak memberikan jersi yang dipakainya kepada Nobile sebagai tanda permohonan maaf, dan selepas Nobile mendedahkan pertemuan pertama kedua-duanya kepada pemain itu.