Adakah Rozaimi Akan Buat ‘Comeback’ Dengan Kehadiran Ong Kim Swee Di Sabah?

Ong Kim Swee Rozaimi Abdul Rahman Sabah FC

Adakah Rozaimi Abdul Rahman akan kembali ke arena bola sepak dengan kehadiran Datuk Ong Kim Swee ke Sabah FC? Ini persoalan terbesar selepas disahkan penyertaan Kim Swee sebagai ketua jurulatih Sabah.

Jumaat lalu, Kim Swee sah melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan diumum menyertai Sabah sebagai ketua jurulatih untuk menggantikan Kurniawan Dwi Yulianto.

Kim Swee telah berkhidmat bersama FAM selama 14 tahun bermula dari 2007 dengan pelbagai jawatan iaitu ketua jurulatih skuad B-16 kebangsaan, skuad B-17 kebangsaan, skuad Harimau Muda, skuad B-23 kebangsaan, skuad kebangsaan, Ketua Unit Belia dan terakhir Pengarah Teknikal bermula Januari 2021.

Datuk Ong Kim Swee Letak Jawatan Di FAM Untuk Jadi Ketua Jurulatih Sabah FC

Kembalinya Kim Swee ke arena bola sepak negara akan bermula pada saingan Piala Malaysia 2021 yang akan bermula pada 25 September depan. Beliau hanya mensasarkan keputusan sederhana sebagai permulaan.

Ujarnya kepada The Star, “Keputusan tidak memihak kepada pasukan sejak kebelakangan ini, jadi kita tidak boleh impikan keajaiban dalam kejohanan Piala Malaysia. Namun, kami mensasarkan keputusan sederhana.”

“Selepas ini [Piala Malaysia] barulah kita bawa perubahan kepada pasukan,” tambahnya lagi sambil berkata dua kali tawaran daripada Sabah datang dan apabila kali kedua ia datang, beliau akhirnya mengalah.

“Ini satu keputusan besar buat saya dan saya tahu minat saya adalah untuk berada di padang. Tawaran dan cabaran ini datang tepat pada masanya. Selama ini saya hanya terlibat dengan pembangunan bola sepak.

“Ramai persoalkan kemampuan saya di peringkat kelab dan saya rasa ini masa yang terbaik untuk saya tunjukkan kepada mereka,” tambah Kim Swee lagi yang tentunya akan membawa sedikit perubahan taktikal.

Sementara itu, bekas anak buahnya ketika membimbing skuad B-23 negara, Rozaimi Abdul Rahman pula ketika ini berada di Kota Kinabalu selepas disahkan meninggalkan Kedah Darul Aman FC baru-baru ini.

Ia disahkan selepas kelibatnya bersama pasukan sudah agak lama tidak kelihatan dan dijelaskan penamatan kontraknya bersama Kedah adalah atas persetujuan bersama akibat masalah peribadi yang dihadapinya.

Kedah adalah pasukan yang baru disertainya pada awal musim lalu selepas meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau bersama JDT selama lima musim, namun gagal meraih minit permainan dalam skuad utama.

Misinya bersama Kedah adalah untuk meraih minit permainan di Liga Super disamping cuba untuk memikat pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk memilihnya mewakili skuad kebangsaan.

Selepas meninggalkan skuad Hijau Kuning, beliau tidak menyertai mana-mana pasukan. Adakah dengan kehadiran ‘sifunya’ ke Sabah akan membawanya kembali ke padang selepas kali terakhir beraksi April lalu?

Pernah bekerjasama, tentunya Kim Swee sangat mengenali kemampuan bekas anak didiknya itu dan Rozaimi pula perlulah melupakan ‘persengketaannya’ dengan Sabah yang tercetus di awal musim lalu.

Sama ada gandingan antara Kim Swee dan Rozaimi akan berlaku atau tidak, sama-samalah kita nantikan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN