Europa League: Dion Cools Tersenarai Dalam Skuad Midtjylland Bertemu Ludogorets

Dion Cools tersenarai dalam skuad Midtjylland bertemu Ludogorets dalam aksi saingan Europa League musim 2021/22 awal pagi nanti.

Midtjylland diundi berada di kumpulan F bersama Crvena Zvevda, Braga dan Ludogorets dalam saingan Europa League musim ini.

Awal pagi nanti, Midtjylland bakal turun beraksi bertemu Ludogorets dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Europa League, dengan Dion Cools turut tersenarai dalam skuad Bo Henriksen itu.

Pada awal musim ini, Dion Cools telah turun beraksi sebanyak lima kali dengan tiga darinya beliau telah diturunkan dalam kesebelasan utama.

Midtjylland ketika ini berada di kedudukan kedua dalam saingan Superligaen dengan mengumpul 18 mata dari lapan perlawanan.

Walau baru tiga kali berada dalam kesebelasan utama, pemain berusia 25 tahun itu telah mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan bersama kelabnya itu.

Secara keseluruhannya, beliau berjaya mencatatkan 80% ketepatan hantaran, 93% hantaran di kawasan sendiri dan 60% hantaran ke kawasan lawan.

Ia membuktikan yang pemain kebangsaan Malaysia itu mempunyai kualiti hantaran yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Lebih menarik lagi, beliau turut memenangi 70% perebutan bola dari lima penampilannya bersama Midtjylland sepanjang musim ini.

Pada musim lalu, beliau turut sering diturunkan dan menjadi sebahagian dari skuad Midtjylland yang berjaya menjuarai saingan Superligaen.

Dions Cools telah ditandatangani oleh FC Midtjylland dari Club Brugge pada musim 2019/20 dengan yuran perpindahan bernilai €1 juta.

Beliau dengan segera berjaya mendapat tempat dalam skuad utama Midtjylland dan turut diberikan minit permainan memandangkan beliau sering memberikan impak positif untuk skuad kendalian Bo Henriksen itu.

Senarai 24 pemain Midtjylland yang bakal beraksi bertemu Ludogorets:

1). Dion Cools (2)
2). Daniel Høegh (5)
3). Joel Andersson (6)
4). Pione Sisto (7)
6). Evander (10)
7). Awer Mabil (11)
8). Henrik Dalsgaard (14)
9). Elias Olafsson (16)
10). Oliver Sørensen (24)
11). Erik Sviatchenko (28)
12). Paulinho (29)
13). Jared Thompson (30)
14). Charles (35)
15). Onyedika (37)
16). Jens-Lys Cajuste (40)
17). Nikolas Dyhr (44)
18). Gustav Isaksen (45)
19). Mads Hansen (48)
20). Victor Lind (53)
21). Oscar Fraulo (54)
22). Aral Simsir (58)
23). Juninho (73)
24). Junior Brumado (74)

Jika permata negara itu diturunkan dalam perlawanan ini, semoga saja beliau bakal mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan dan bakal membantu skuadnya untuk mencatat kemenangan.

Cools seperti semua sedia maklum, merupakan pemain pertahanan serba boleh dan beliau mempunyai kualiti hantaran yang sungguh luar biasa menakjubkan.

 

Beliau juga sebenarnya sudah biasa untuk beraksi di pentas bola sepak Eropah dengan Cools sebelum ini turut pernah beraksi dalam saingan Champions League bersama Club Brugge.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN