‘Jelmaan Nakamura’ – Kyogo Furuhashi Cipta Hatrik Pertamanya Bersama Celtic

Kyogo Furuhashi Celtic

Ketika Kyogo Furuhashi melengkapkan perpindahan ke Celtic dari kelab Jepun, Vissel Kobe, timbul persoalan sama ada pemain berusia 26 tahun itu mampu untuk menyerap tekanan jika terus dibandingkan dengan impak yang dicipta oleh Shunsuke Nakamura di kelab Scotland tersebut.

Namun aksinya di pentas Scottish Premiership ketika menentang Dundee United telah menjawab segalanya selepas beliau mencetak hatrik ketika membantu pasukannya menang besar 6-0.

Pengurus The Hoops, Ange Postecoglou ketika ditemubual selepas perlawanan tersebut percaya dan yakin lebih banyak lagi Furuhashi akan berikan untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar layak untuk mencipta nama di Eropah.

Penyerang Jepun itu menyudahkan dua gol dalam kotak penalti sebelum masa rehat dan melengkapkan catatan hatriknya pada babak kedua sebelum menerima tepukan gemuruh dari penonton apabila dikeluarkan pada minit ke-69.

“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan untuk saya. Saya tahu apa yang saya akan dapat apabila membawanya ke sini,” ujar Postecoglou.

“Dia mendapat tiga gol dan berpeluang untuk menjaringkan lebih dari itu, Kadar kerjanya walaupun ketika tidak memegang bola cukup luar biasa.

“Semangat, usaha dan sikapnya di atas padang jelas memberi inspirasi kepada rakan sepasukan dan ia membolehkan dia mendapat kepercayaan yang tinggi dari pemain di sekelilingnya.

Furuhashi yang telah mengikat kontrak selama empat tahun bersama Celtic merupakan penjaring gol terbanyak J-League pada musim lalu selepas mencetak 14 gol dari 20 perlawanan.

Legenda Barcelona dan Sepanyol, Andres Iniesta yang beraksi bersama Furuhashi di Vissel Kobe yakin pemain berkenaan mampu untuk mencipta impak di Eropah.

Penyokong Celtic tentunya mengharapkan pemain tersebut dapat mengikut jejak Shunsuke Nakamura yang beraksi selama empat musim di kelab berkenaan.

Bekas pemain Jepun itu sangat diingati terutamanya jaringan dari sepakan percuma ke atas Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada 2006.

“Bola sepak adalah mengenai penyokong dan kami sebagai pemain akan sedaya upaya menggembirakan mereka. Itulah sebab kenapa kami bermain dengan baik dan kami gembira dapat melakukannya semalam,” ujar Furuhashi.

Ia merupakan kemenangan pertama Celtic dalam aksi liga musim ini selepas dua perlawanan di mana mereka tewas dalam aksi pembukaan yang membuatkan kedudukan Postecoglou mula dipersoal oleh peminat.

Ini termasuk kegagalan mereka untuk menempah slot ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah selepas disingkirkan oleh pasukan bukan pilihan dari Denmark, FC Midtjylland dalam pusingan kelayakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN