Iniesta Doakan Pemain Baharu Celtic, Kyogo Furuhashi Mampu Menyerlah Seperti Nakamura

Kyogo Furuhashi Celtic

Celtic mengesahkan pihaknya telah mencapai persetujuan  bersama kelab Jepun, Vissel Kobe bagi mendapatkan pemain sayap, Kyogo Furuhashi dengan mengikat kontrak selama empat tahun.

Pemain berusia 26 tahun tersebut merupakan penjaring gol terbanyak J-League pada musim lalu selepas mencetak 14 gol dari 20 perlawanan.

Legenda Barcelona dan Sepanyol, Andres Iniesta yang beraksi bersama Furuhashi sejak 2018 yakin pemain berkenaan mampu untuk mencipta impak di Eropah.

“Sejujurnya, Kyogo mempunyai bakat untuk beraksi di Eropah. Dia merupakan penjaring terbanyak J1. Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai teknik yang hebat dan saya yakin dia akan berjaya di Eropah.,” ujar Iniesta.

“Saya yakin pemantau bakat dari Eropah telah lama memerhatikannya. Tapi pemergiannya akan menjadi sukar buat kami kerana dia menjaringkan banyak gol di sini.

“Namun saya gembira untunya, kerana memang menjadi impian buat mana-mana pemain Jepun untuk beraksi di Eropah.”

Bercakap mengenai pemain baharu pasukannya, pengurus Celtic, Ange Postecoglou yang tiba di Glasgow dari kelab Jepun, Yokohama F. Marinos berkata, beliau sangat mengetahui kualiti yang dimiliki Furuhashi.

Penyokong Celtic kini berharap pemain tersebut dapat mengikut jejak Shunsuke Nakamura yang beraksi selama empat musim di kelab berkenaan.

Bekas pemain Jepun itu sangat diingati terutamanya jaringan dari sepakan percuma ke atas Manchester United dalam aksi Liga Juar-Juara Eropah pada 2006.

Furuhashi membauat penampilan pertamanya bersama skuad kebangsaan Jepun pada November 2019 ketika menentang Vanezuela, namun perlu menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan kaps keduanya.

Secara keseluruhan, beliau telah mengumpul 6 penampilan untuk skuad Samurai Biru dan menjaringkan satu gol ketika membelasah Mongolia 14-0 pada Mac dan satu lagi gol pada bulan lepas menentang Tajikistan.

Furuhashi juga merupakan sebahagian daripada skuad Vissel Kobe yang menjuarai Piala Maharaja pada 2019 dan pernah beraksi berdepan pasukan Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tahun lalu di mana beliau menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

https://semuanyabola.com/bagaimana-moratorium-benarkan-barcelona-terus-ikat-messi/

5 Pembelian “Berprofil Tinggi” Yang Telah Berlaku Di Premier League Setakat Ini

Jersi Hijau Bakal Diharamkan Di Serie A, Tetapi Kenapa?

Leave a Reply