Struktur Baharu Gaji Lionel Messi Paksa Barcelona Ambil Moratorium Didedahkan

Penyokong Barcelona kini boleh sekurang-kurangnya boleh tersenyum setiap pagi selepas pada Rabu lalu laporan mendedahkan Lionel Messi telah mencapai persetujuan untuk kontrak baharu bersama gergasi Catalan itu.

Messi sudah bersama Barcelona sejak tahun 2000 lagi, namun kini adalah ejen bebas selepas kontrak beliau tamat pada 30 Jun lalu. Pemain dari Argentina itu mahu terus kekal di Nou Camp, setahun selepas beliau menghantar faks kepada mantan presiden kelab, Josep Maria Bartomeu mendesak untuk dilepaskan.

Segar daripada menjuarai kejohanan Copa America 2021, Messi kini bersedia untuk terus menyarung jersi skuad Blaugrana untuk musim 2021/22.

Tetapi mengapa belum ada pengumuman rasmi dilakukan? Apa lagi yang perlu diselesaikan? Dan yang paling penting bagaimana Barcelona menstruktur kewangan untuk menawarkan kontrak baharu kepada Messi?

Tempoh kontrak lima tahun

Barcelona dijangka akan menawarkan kontrak selama lima tahun kepada Messi. Ini bermakna Messi akan kekal bersama Barcelona sehingga 2026. Di sebalik kontrak lima tahun itu, Messi bagaimanapun dijangka hanya akan beraksi selama dua tahun sahaja lagi.

Baki kontrak tiga tahun seterusnya membenarkan Messi beraksi di Amerika Syarikat dan bertindak sebagai duta kepada Barcelona. Beliau akan kekal dibayar Barcelona sepanjang tempoh tersebut.

Secara tidak langsung, Barcelona tidak terbeban untuk membayar Messi sekaligus untuk tempoh dua tahun. Ia ibarat morotarium kontrak dua musim, tetapi pembayaran dilakukan selama lima musim. Cara ini membenarkan Barcelona mengawal aliran tunai.

Messi terima pemotongan gaji

Selain daripada kaedah ala moratorium, persetujuan Messi untuk menerima pemotongan gaji turut menjadi pemudah cara persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dicapai.

Pemain penyerang itu sebelum ini dibayar lebih Є500 juta dan menjadi ahli sukan dengan gaji termahal di dalam sejarah dunia. Dengan keadaan kewangan Barcelona yang menerima impak secara langsung dari pandemik yang melanda, ia jelas sejumlah besar gaji tersebut harus dipotong untuk merealisasikan sebarang perjanjian.

Laporan dari Sepanyol berkata Messi sanggup menerima pemotongan sehingga 50% daripada apa yang diterimanya sebelum ini. Langkah ini bukan sahaja membenarkan persetujuan di antara kem Messi dan Barcelona menjadi kenyataan. Ia turut akan menjadi contoh dan amalan yang harus diterima pemain-pemain lain selepas ini -khususnya yang menerima gaji mahal di Barcelona.

Peraturan ekonomi La Liga

Walaupun dengan pemotongan gaji Messi yang besar, segala masalah belum lagi selesai. Barcelona belum dibenarkan mendaftar Messi dan pemain-pemain yang baru didatangkan seperti Memphis Depay, Sergio Aguero dan Eric Garcia – kerana harus terlebih dahulu memenuhi syarat kewangan La Liga.

Peraturan oleh La Liga adlah berdasarkan pendapatan dan jumlah simpanan, dan Barcelona bergelut di dalam kedua-dua aspek tersebut. Masih ada banyak perlu dilakukan untuk memastikan setiap peraturan dipenuhi.

Seperti dikatakan tadi, kaedah moratorium dua tahun kepada lima tahun adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan. Selain itu Barcelona turut harus melepaskan beberapa pemain sebelum boleh mendaftar Messi dan pemain-pemain lain.

Pemain yang bakal dikorbankan

Beberapa nama seperti Trincao, Junior Firpo, Konrad de la Fuente, Jean-Clair Todibo dan Carles Alena sudah dilepaskan. Tetapi ia masih tidak cukup. Beberapa nama lain seperti Philippe Coutinho, Ousmane Dembele atau Antoine Griezmann dijangka akan menyusul.

Sudah ada perbincangan untuk Griezmann kembali ke Atletico Madrid, dan digantikan oleh Saul Niguez yang mana gaji pemain itu dijangka tidak semahal seperti yang dibayar kepada Griezmann.

Penaja mahu penyelesaian segera

Selain kontrak Messi, Barcelona juga harus berhati-hati dengan kontrak bersama pelbagai penaja. Hakikat Messi bukan pemain Barcelona lagi pada hari ini boleh mencetuskan masalah pada masa depan jika mengadakan sebarang promosi menggunakan pemain tersebut.

Penaja sudah tentu tidak gemar akan situasi sebegini, dan mahu bekerjasama dengan Messi secepat mungkin. Oleh kerana itu penaja mendesak agar kontrak Barcelona dengan Messi ditandatangani segera. Ia sudah pasti perkara yang menjadi perhatian Barcelona, tatkala kebanyakan kontrak tajaan besar dengan kelab tersebut akan tamat pada penghujung 2021 ini.

Apa-apa pun semua pihak di Barcelona harus bersabar. Secara prisipal, persetujuan telah tercapai. Kini giliran mereka yang pakar di dalam perundangan dan akaun melakukan kerja masing-masing. Hasilnya akan tiba di mana semua pihak akan tersenyum.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Messi:

Kelab Lawan Sanggup Bantu Barcelona “Top-Up” Gaji Messi Untuk Kekal Di La Liga

Lionel Messi Terpaksa Tanggung Rugi RM500,000 Sehari

Hari Jadi Messi Disambut Dengan Meriah Di Kalkota

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN