Senarai Pemain Bintang Yang Terpinggir Di Euro 2020

Selepas 36 perlawanan berlangsung dalam dua minggu ini, saingan peringkat kumpulan Euro 2020 sudah pun tamat. Bagi kaki bola, ia perkara yang menyedihkan. Kini hanya berbaki 15 perlawanan sahaja yang perlu dilalui sebelum kejohanan ini tamat.

Sepanjang tempoh dua minggu ini kita juga telah menyaksikan bakat-bakat dan bintang-bintang utama dari eropah memperagakan aksi masing-masing.

Namun apakah pula kisah lima pemain ini yang seolah-olah dipinggirkan oleh pasukan masing-masing?

Pedro Goncalves (Portugal)

Kerap kali disamakan dengan rakan sepasukan skuad kebangsaan Portugal, Bruno Fernandes, Pedro Goncalves beraksi dengan cemerlang bersama Sporting CP sejak Fernandes menyertai Manchester United.

Diberi nama gelaran “Pote” Goncalves dilihat sebagai salah seorang pemain muda berbakat besar di Portugal. Namuns sehingga kini beliau belum lagi melakukan sebarang penampilan untuk negaranya. Pemain berusia 22 tahun ini menyertap Sporting CP dari Famalico pada musim panas lalu.

Sejak dari itu Goncalves telah melakukan 32 penampilan, menjaringkan 23 gol dan menhasilkan 3 assists untuk membantu Sporting menamatkan dominasi Benfica dan Porto untuk kejuaraan Primeira Liga.

Beliau amat berkesan beraksi di posisi tengah menyerang untuk Sporting CP. Pote juga berkemampuan untuk beraksi di bahagian lebih rendah di midfield, atau sebagai penyerang jika itu yang diperlukan. Adanya pemain seperti Bruno Fernandes dan Renato Sanchez setakat ini menghalang penampilan beliau di Euro 2020. Pote mungkin terpaksa menunggu lebih lama dan pemain dengan potensi seperti beliau harus bersabar untuk menyambar peluang yang ada kelak.

Adama Traore (Spain)

Skuad Luis Enrique kelihatan bergelut dalam dua perlawanan peringkat kumpulan di Euro 2020. La Roja berjaya menguasai perlawanan namun gagal dengan hasil akhir di hadapan gawang. Sepanyol seri kedua-dua perlawanan menentang Sweden dan Poland, dan pemain-pemain seperti Koke, Rodri, Pedri serta Dani Olmo yang dikenali dengan kebolehan teknikal masing-masing juga gagal mempamer prestasi diharapkan.

Adama Traore pula dikenali dengan kemampuan mengggelecek bola dan kepantasan. Kehadiran beliau mampu memberikan impak, dengan kemampuan yang sukar dijangka di bahagian sayap.

Traore adalah pemain penting untuk Wolves, dan telah beraksi di sebelah sisi di bahagian sayap atai bek sayap kanan. Sepanyol menikmati kemenangan besar mereka ke atas Slovakia di perlawanan terakhir peringkat kumpulan apabila menjaringkan lima gol tanpa balas.

Traore turut diberikan peluang pada perlawanan tersebut. Namun kemampuan beliau dilihat lebih berguna di pusingan kalah mati selepas ini.

Timo Werner (Germany)

Jerman setakat ini melalui kejohanan Euro 2020 yang kurang meyakinkan. Prestasi menentang Portugal bagaimanapun amat positif untuk Joachim Low, walaupun sebelum itu Die Mannschaft menampilkan permainan yang goyah menentang Perancis dan Hungary.

Ia agak mengejutkan untuk melihat bintang Chelsea, Timo Werner tidak beraksi bersama pasuan negaranya. Pemain berusia 25 tahun itu melalui prestasi serba tidak menentu di Premier League, namun tetap berada di dalam kesebelasan utama The Blues sebelum ini. Bersama Jerman, peranan Werner pula lebih kerap memanaskan bangku pemain simpanan.

Setakat ini Low memilih untuk menurunkan Serge Gnabry di hadapan, dan Werner hanya melakukan dua penampilan sebagai pemain gantian sepanjang Euro 2020 setakat ini.

Turut berkemampuan beraksi di posisi sayap kiri atau penyerang, tidak dapat dipastikan jika Low akan berharap kepada pemain Werner untuk aksi bertemu England.

Jadon Sancho (England)

Kedegilan Gareth Southgate menurunkan Jadon Sancho di Euro 2020 menjadi bahan berita media di Britain setiap hari.

Dianggap sebagai salah seorang pemain muda berbakat besar dunia, Sancho begitu cemerlang sekali sejak menyertai Borussia Dortmund pada 2017.

Memiliki kreativiti dan kepantasan di bahagian sayap, Sancho hanya tampil dalam satu perlawanan sahaja setakat ini di Euro 2020 – walaupun England bergelut di bahagian serangan.

Bekas pemain akademi Manchester City ini semakin pasti menjadi milik Manchester United pada musim panas ini. Namun buat masa ini, jelas sekali pemain lain seperti Phil Foden, Marcus Rashford, Bukayo Saka dan Jack Grealish adalah pilihan utama Southgate berbanding Sancho.

Joao Felix (Portugal)

Di manakah Joao Felix? Pemain muda berbakat ini sehingga kini belum lagi melakukan sebarang penampilan untuk Portugal di Euro 2020.

Ditandatangani oleh Atletico Madrid dari Benfica pada 2019 untuk rekod kelab berjumlah £114.5 juta, prestasi Felix tampil tidak konsisten untuk juara La Liga itu pada musim lalu.

Walaupun demikian, bakat beliau tidak harus diragui. Kerana itu keengganan pengurus Portugal, Fernando Santos tidak menurunkan Felix menimbulkan banyak tanda tanya.

Malah pemain ini langsung tidak berada di dalam senarai bangku pemain simpanan ketika Portugal berhadapan Jerman tempoh hari. Alasannya Santos ialah kerana Felix mengalami kecederaan.

Dengan pemain seperti Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Diogo Jota tidak berada di tahap terbaik, Felix mungkin adalah jawapan untuk Portugal memasuki saingan kalah mati.

Penutup

Hakikatnya jurulatih pada hari ini tidak bergantung kepada seorang pemain semata-mata, walau betapa besarnya nama anda. Nama seperti Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi mungkin terkecuali.

Selain daripada itu, jurulatih hanya akan menurunkan pemain dengan prestasi dan mentaliti terbaik untuk perlawanan.

 

Baca artikel menarik lain melalui pautan berikut:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

https://semuanyabola.com/5-pemain-tottenham-pernah-dan-terpaksa-jual-kepada-seteru-big-six-epl/

Cristiano Ronaldo Dilempar Botol Coca-Cola Di Puskas Arena

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN