Sekali Pandang Kelibat Luqman Hakim Persis Mokhtar Dahari

mokhtar dahari Luqman hakim

Kelibat pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk baru-baru ini dilihat persis lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Baru-baru ini tular aksi memberangsangkan Luqman Hakim ketika membantu KV Kortrijk menundukkan KRC Harelbeke dalam aksi pemanas badan menjelang sepak mula Jupiler Pro League musim 2021/2022. Semua mata tertumpu kepada aksinya.

Mereka bukan sahaja tertumpu kepada aksinya yang lincah di padang, tetapi juga semua seakan-akan ‘ternampak’ pemain berusia 19 tahun itu persis Mokhtar Dahari dari segi penampilan dan fizikalnya di padang. Sekali pandang, tak jauh bezanya.

Tentunya ramai akan kata, jangan samakannya dengan lagenda bola sepak negara. Tetapi, kalau dah nampak macam hampir seiras, apa yang lagi kita mahu nafikan?

Cuba lihat semula gambar Luqman Hakim sebelum beliau berangkat ke Belgium kira-kira hampir setahun yang lalu. Perubahan fizikalnya sangat ketara dan ini juga diakui oleh pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe ketika kem kebangsaan lalu.

“Daripada segi fizikal dan kekuatan, memang nampak peningkatan yang sebegitu mendadak. Daripada segi teknik dan hantaran, dia berada di tahap yang cukup baik sebagai penyerang kebangsaan bagi masa depan,” ungkap Cheng Hoe kepada media.

Perubahan fizikal Luqman Hakim menjadi tumpuan ketika beliau kembali untuk menyertai kem skuad kebangsaan pada Mac yang lalu. Musim lalu pengendali KV Kortrijk pernah memberikan komentar terhadap prestasinya dalam sesi latihan.

Ketika berdepan Anderlecht pada Oktober 2020, Yves Vanderhaeghe memasukkannya pada minit ke-74, ketika mereka ketinggalan 0-3 dan itulah penampilan sulung dan satu-satunya penampilan Luqman Hakim di Jupiler Pro League musim lalu.

Sebelum aksi itu, beliau berkata, “Untuk 90 minit, saya rasa dia belum bersedia. Dia tidaklah tinggi seperti pemain-pemain lain, tetapi siapa tahu yang dia mungkin berguna ketika kita memerlukan seorang yang pantas untuk membuat serangan balas.”

Tidak tinggi mungkin bermaksud fizikalnya belum bersedia untuk aksi sepenuh masa bersama mereka. Tetapi, mereka tidak keberatan untuk memberikannya peluang.

Selepas itu, mungkin berlaku perubahan rejim dalam pemakanan dan latihannya di KV Kortrijk. Untuk beliau menandingi fizikal pemain-pemain Eropah, itu mungkin tugasan pertamanya iaitu membentuk fizikal yang sesuai dengan iklim bola sepak di sana.

Hasilnya, kita dapat melihat perubahan fizikal dan permainannya dalam aksi pemanas badan tempohari. Malah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar juga nampak mengesan sesuatu.

Dalam ciapan di Twitternya, Safirul berkata, “Ini dimensi baharu untuk Luqman. Antara kelemahan dia yang saya nampak semenjak umur 12 atau 13 tahun ialah benda ni [tandukkan],” jelasnya sambil berkongsi video sesi latihan Luqman Hakim di sana.

“Tapi sekarang nampak dia boleh hang, guna otot tengkuk dan place header dia dengan amat baik,” tambahnya lagi yang merupakan antara individu terawal yang mengenali Luqman Hakim dan rakan-rakan seangkatan dengannya seperti Arif Aiman Hanapi.

Artikel ini hanya berkongsi apa perubahan yang telah dilalui oleh pemain sepertinya yang berkelana ke luar negara. Beribu batu jauhnya dari tanah air dan tampak sudah semakin menunjukkan potensinya untuk menjadi penggempur Harimau Malaya.

Malah ramai penyokong berkata gayanya, gerak dan corak permainannya, malah potongan rambutnya sudah seperti jelmaan semula lagenda, Mokhtar Dahari.

Tidak semestinya beliau akan menjadi seperti Mokhtar Dahari. Tidak semestinya beliau bakal menjadi lagenda negara. Tetapi, kita semua amat berharap yang beliau akan menjadi penyerang Malaysia yang digeruni lawan pada masa yang akan datang.

Baca lagi artikel lain mengenai Luqman Hakim dan Mokhtar Dahari:

[VIDEO]: Lihat Aksi Luqman Hakim Yang Sungguh Licik Bantu KVK Belasah KRC Harelbeke

[VIDEO]: Tonton Nasihat Emas Mokhtar Dahari Mengenai Tanggungjawab Bermain Untuk Malaysia

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN