De Paula Tiada, Peluang Besar Syafiq Ahmad Rebut Posisi Penggempur

Syafiq-Ahmad-Malaysia-2019-de paula-2021

Peluang keemasan buat Syafiq Ahmad pada malam ini berdepan Bahrain apabila penyerang naturalisasi baharu negara, Guilherme de Paula tidak dapat diturunkan.

Memetik laporan Berita Harian, de Paula masih perlu menunggu sehingga Isnin untuk secara rasmi layak mewakili skuad kebangsaan dek kerana beliau masih belum cukup tempoh lima tahun beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga M) pada hari ini.

Ini menyaksikan pemain yang meledak satu gol dalam aksi latihan berdepan Kuwait itu hanya boleh diturunkan dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jadi, sudah tentu khidmat Syafiq Ahmad akan ditagih oleh pengendali, Tan Cheng Hoe untuk menjadi penggempur utama Harimau Malaya. Setakat ini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), beliau masih belum tampil bermain dalam saingan Liga Super.

Kecemerlangan Bergson menyebabkan Syafiq Ahmad tersisih, namun pengalamannya masih diperlukan oleh skuad negara ketika ini. Untuk saingan kelayakan kali ini, beliau telah meledak dua gol iaitu ketika tewas kepada UAE dan menang ke atas Indonesia.

Penyerang yang diturunkan dalam empat aksi kelayakan itu pernah diturunkan dengan peranan yang berbeza iaitu sebagai pemain di belakang penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha dan juga sebagai penyerang utama dalam dua aksi terakhirnya.

Kecemerlangan yang ditampilnya pada ketika itu turut didorong dengan peluangnya bermain bersama JDT dalam saingan Piala Malaysia 2019. Situasinya berbeza kini apabila beliau masih belum meraih minit permainan selepas 13 aksi liga.

Selain itu, Disember lalu beliau mengalami kemalangan tragis yang menyebabkan anaknya yang baru berusia 22 hari, Aisy Saqeef terkorban bersama ibu mertua dan pembantu warga Indonesia. Ia sekaligus meragut kemampuannya secara mental.

Mampukah Syafiq Ahmad keluar daripada memori kehilangan insan tersayang dan juga kekurangan minit permainan dengan prestasi yang membanggakan pada malam ini? Ini peluang besar buatnya untuk menunjukkannya kepada Cheng Hoe.

Ketiadaan de Paula untuk perlawanan malam ini memungkinkan Syafiq Ahmad beraksi penuh. Bergandingan bersama rakan sepasukannya di JDT, Safawi Rasid dan juga Mohamadou Sumareh bakal membantunya untuk kembali memburu jaringan.

Jika tidak meledak gol sekalipun, kesefahamannya dalam memberi bantuan gol buat Safawi dan Sumareh pastinya akan ditagih. Gandingan ini dijangka bakal dibentuk oleh Cheng Hoe dalam perlawanan berdepan Bahrain pada lewat malam ini.

Agak mustahil untuk melihat gandingan lain di jentera depan sebagaimana dalam aksi latihan berdepan Kuwait tempohari. Malaysia berdepan Bahrain dalam perlawanan persahabatan kelas A, selain ini adalah persediaan terakhir skuad negara.

Selepas ini, skuad negara akan meneruskan baki saingan kelayakan bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 7 Jun dan terakhirnya, berdepan Thailand pada 15 Jun.

Baca lagi artikel lain mengenai Syafiq AHmad dan skuad kebangsaan:

Tan Cheng Hoe Puji Dan Tagih Sentuhan Konsisten Syafiq Ahmad Di Hanoi

Analisis Teknikal: Syafiq Ahmad, Pemain Muda Berpotensi

Kalah Besar Berdepan Kuwait, Ini 5 Sebab Penyokong Malaysia Tak Perlu Gelabah

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN