Analisis Teknikal: Syafiq Ahmad, Pemain Muda Berpotensi

Syafiq Ahmad antara salah satu lagi produk muda dari pasukan Kedah. Pemain serangan ini boleh bermain di banyak posisi di atas padang termasuk penyerang sayap, nombor 10, nombor 8 dan juga penyerang utama.

Berikut adalah beberapa corak permainan Syafiq Ahmad pada kaca mati kami:

1. Kemampuan untuk memecahkan garisan pertahanan

Beliau ada kemampuan yang bagus untuk memecahkan organisasi pertahanan lawan sama ada dengan gerakan dengan bola ataupun tanpa bola. Dalam istilah universalnya ia disebut kemampuan untuk ‘break the line’.

Anda pastinya masih ingat dengan gerakan ini:

Aspek paling penting adalah fokus, komunikasi, serta mobiliti di dalam padang. Syafiq Ahmad memiliki aspek tersebut di dalam permainan beliau.

2. ‘Linking Play’

Syafiq Ahmad efektif dalam aspek ‘linking play’ dengan pemain di sekitar beliau. Menjadikan pemain ini efektif untuk bermain sebagai penyerang tunggal (sole striker) ataupun sebagai no.10.

Syafiq Ahmad memberikan dimensi yang berlainan apabila di dalam padang. Ini kerana, pasukan Kedah kadangkala agak lambat dalam aspek linking play ini kerana adanya ramai pemain yang berskil seperti Liridon dan Sandro.

Syafiq Ahmad adalah tipikal pemain yang menyegerakan aktiviti itu. Ia memang satu dimensi berbeza walaupun beliau bukan Liridon ataupun Sandro.

Dalam skuad kebangsaan B-22 tahun ketika kelayakan Piala AFC B-23 tempoh hari beliau turut mempamerkan aksi efektif untuk linking play.

Corak permainan ini membolehkan beliau menjadi pemain yang boleh mencipta peluang dengan segera.

3. Kemampuan untuk memenangi semula bola

Anda mungkin boleh cari istilah lain untuk ‘ball-recoveries’ menggantikan istilah yang kami berikan di atas.

Ketika pasukan kehilangan bola, Syafiq Ahmad memiliki keupayaan untuk bertahan dan bukan pemain yang terlalu malas untuk turun.

Fizikal beliau yang kompetitif juga banyak membantu pemain ini untuk ‘merawat’ semula penguasaan bola.

4. Kualiti dalam sokongan

‘Support play’ adalag aspek yang paling penting di dalam bola sepak. Seorang pemain penyerang perlu cakna dengan masa dan tempat yang mereka harus meletakkan diri ketika tanpa bola.

Sokongan ini secara asasnya ada 2:

i. sokongan di sayap (width)
ii. sokongan dari tengah/belakang (depth)

Dalam video di bawah ini, anda boleh melihat dengan jelas beliau turun ke zon 14 untuk membekalkan sokongan dari belakang.

Dalam perlawanan ini, Syafiq Ahmad dijadikan penyerang tunggal. Namun, apabila melihat Sandro menggunakan platform penyerang utama, beliau tidak naif ‘mempertahankan’ wilayah beliau.

5. Serba boleh

Salah satu perkara yang sangat membantu pemain ini adalah ‘vesatility’. Dengan kualiti pemain yang ada dalam skuad Kedah, amat sukar untuk beliau jika terlalu bergantung kepada satu posisi semata-mata.

Syafiq Ahmad, seperti yang jelaskan di atas, boleh bermain dalam banyak posisi dengan efektif. ini yang menjadikan beliau menjadi pemain pasukan (team player), dan pada masa yang sama boleh mengisi kekosongan pemain utama.

Prospek yang berkualiti

Pemain ini baru berusia 22 tahun. Di sebalik gaya permainan beliau yang ada kualiti tersediri, ia bukan alasan untuk tidak membangunkan pemain ini secara berterusan.

Syafiq Ahmad bukan ‘finish article’, jadi kami berharap pemain ini terus memperbaiki diri beliau untuk menjadi pemain utama skuad kebangsaan suatu hari nanti.

Syafiq Ahmad /Photo: Asiana.my

Ramai prospek muda di dalam bola sepak dunia, apabila menjengah ke fasa lebih ‘senior’ di dalam bola sepak, mereka gagal memenuhi ekpektasi. Kami tidak mahu perkara itu berlaku kepada pemain ini.

Selamat maju jaya buat Syafiq Ahmad!

Leave a Reply