Selepas hanya setengah musim membuat kemunculan semula bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dilaporkan bakal dipinjamkan ke bekas pasukannya Melaka United bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia tahun ini.
Bekas kapten skuad kebangsaan itu sebelum ini pernah menyarung jersi skuad Sang Kancil itu selama dua musim pada 2019 dan 2020. Namun beliau kembali bergabung bersama JDT pada awal musim ini.
Welcome Home Safiq Rahim! 🔴🔵
More photos at https://t.co/Duv4bA1y15#SR8#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/LjRvH1hAcQ
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 10, 2021
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United,Datuk Saiful Mat Sapri dalam kenyataannya kepada Cakap Sukan mengakui pihaknya sedang membuat perbincangan dengan beberapa pemain termasuk daripada JDT, namun tidak mendedahkan nama pemain berkenaan.
“Masih berunding dengan JDT, selepas segalanya selesai kami akan membuat sidang akhbar mengenai perkara ini termasuklah dua pemain import baharu dari Brazil,” ujar Saiful.
Apabila ditanya sama ada pemain tersebut adalah Safiq, beliau enggan menjawab tetapi mengakui pemain tersebut beraksi selaku pemain tengah.
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri petang tadi turun meninjau latihan pasukan di Stadium Hang Tuah.
Kunjungan beliau bagi melihat lebih dekat persiapan pasukan dan bertemu para pemain serta staf kejurulatihan.#melakaunitedfc2021 pic.twitter.com/yyLGGBjf9N
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) December 31, 2020
Untuk rekod, musim ini Safiq telah diturunkan JDT dalam enam perlawanan liga dengan kebanyakannya dimasukkan dari bangku simpanan.
Menurutnya keputusan muktamad akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada minggu ini setelah pihak pengurusan bermesyuarat.
Turut dibincangkan adalah kedudukan Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih memandangkan prestasi pasukan yang agak goyah ketika ini.
Melaka United kini menghuni tangga ke-11 Liga Super selepas 13 perlawanan dengan hanya mengumpul 11 mata. Pasukan itu juga sebelum ini telah menerima hukuman pemotongan tiga mata ekoran isu tunggakan gaji.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
Selepas 5 Tahun, Ini Peluang Junior Eldstal Raih Kaps Ke-10 Bersama Harimau Malaya
FAM Sahkan Geran RM1.9 Juta Daripada FIFA Bantu 147 Pemain Berhadapan Masalah Gaji