Selepas Salah, Kini Riyad Mahrez Pula Jadi Ikon Kebanggaan Muslim Di Seluruh Dunia

Riyad Mahrez Manchester City

Selepas mempamerkan aksi yang cukup menakjubkan ketika berdepan Paris Saint-Germain (PSG) tempoh hari, sebahagian peminat bola sepak menggangap pemain sayap Manchester City, Riyad Mahrez merupakan pemain terbaik dunia ketika ini.

Pemain berusia 30 tahun itu menjaringkan dua gol dalam aksi timbal balik pusingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tempoh hari selain turut menjaringkan satu gol ketika pasukannya menang 2-1 di Parc de Princes pada perlawanan pertama bulan lepas.

Mahrez merupakan pemain penting yang membantu Leicester City membuat kejutan dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2015/16 dan dipilih sebagai pemain terbaik pada musim tersebut.

Beliau kemudian dibeli oleh City pada 2018 dan telah membuat 45 penampilan dalam semua pertandingan pada musim ini dengan menjaringkan 14 gol selain menyumbang tujuh bantuan jaringan.

Beliau turut membantu pasukannya menjuarai Piala Carabao pada bulan lalu bagi menambah koleksi kejuaraannya dan City juga semakin hampir untuk mengesahkan kejuaraan EPL.

City ketika ini selesa mendahului carta liga dengan kelebihan 13 mata mengatasi pasukan jirannya Manchester United dan boleh mengesahkan kejuaraannya pada perlawanan menentang Chelsea pada Ahad ini.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1390003362222022660?s=20

Namun kredit juga harus diberikan kepada Pep Guardiola yang bijak dalam memaksimumkan kemampuan sebenar Mahrez ketika pasukannya dilanda isu kecederaan penyerang terutamanya pada awal musim.

Walaupun terdapat beberapa pemain City lain yang turut mempamerkan prestasi cemerlang seperti Kevin de Bruyne, Ilkay Gundogan, Phil Foden dan Ruben Dias, namun agak sukar untuk menafikan bahawa kapten Algeria itu adalah pemain dunia ketika ini.

Di peringkat antarabangsa, beliau juga pernah membantu Algeria menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pada 2019 di Mesir selepas menumpaskan Senegal 1-0 dalam perlawanan akhir.

Sekiranya City muncul juara UCL pada musim ini, beliau selayaknya disenarai pendek sebagai salah seorang pemain terbaik dunia pada tahun ini. Sama ada ianya mampu menjadi kenyataan atau tidak, sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

UCL 2020/21: Intipati Utama Dari Penantian 51 Tahun Man City Ke Perlawanan Akhir Eropah

UCL 2020/21: Masalah Chelsea Jadikan Skuad Tuchel ‘Underdogs’ Berhadapan City

Chelsea Bakal Libatkan Penyokong Dalam Menentukan Masa Depan Kelab

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN