Kelab Premier Leauge, Chelsea kini telah memilih untuk tidak meninggalkan penyokong mereka dibelakang lagi apabila membuat satu keputusan penting melibatkan masa depan pasukan.
Keputusan tersebut adalah Chelsea kini bakal memastikan penyokong The Blues akan turut terlibat mesyuarat ahli lembaga kelab.
Ianya secara tak langsung akan membuatkan penyokong juga turut terlibat dalam menentukan hala tuju Chelsea sebagai sebuah kelab.
Menurut kenyataan rasmi pasukan, sebanyak tiga penasihat dari kalangan penyokong bakal dipilih dan ianya akan dilakukan menerusi pilihan raya dan proses pemilihan.
Wakil penasihat penyokong ini akan diganti pada setiap musim baharu dan setiap tahun mereka dijangka akan menghadiri mesyuarat sebanyak empat kali atau lebih jika perlu.
“Pihak kelab kini akan melakukan konsultasi dengan pihak forum penyokong dan beberapa kumpulan penyokong tidak rasmi untuk membincangkan cadangan kelab untuk melakukan proses mengambil tiga penasihat penyokong.”
“Kriteria untuk pemilihan akhir adalah wakil penyokong adalah mewakili suara mereka secara umum, inklusif dan juga pelbagai.”
Penglibatan penyokong dalam mesyuarat lembaga kelab ini bagaimanapun terhad sebagai penasihat sahaja kerana mereka tidak dibenarkan untuk mengundi.
Mereka juga tidak akan terlibat dalam mesyuarat berkaitan pemain, staf, akademi Chelsea serta perkara-perkara berkaitan.
Baca juga artikel kami mengenai The Blues:
Chelsea Dijangka Atasi Man United Untuk Dapatkan Raphael Varane
Didier Drogba: Legenda Chelsea Pemusnah Lawan Dengan Trademark ‘Membelakangkan Gol Lawan’