Tiga pemain legenda pasukan Arsenal, Thierry Henry, Patrick Vieira dan Dennis Bergkamp kini dikhabarkan telah melancarkan pakatan untuk menyelamatkan kelab tersebut.
Pakatan yang dilakukan oleh alumni Invincibles kelab itu sendiri akan bekerjasama dengan pemilik Spotify, Daniel Ek yang secara terbuka menyatakan kesediaannya membeli Arsenal dari Stan Kroenke.
Laporan Sky Sports menyebut, ketiga-tiga bekas pemain itu dilihat akan bersama-sama Ek dalam misi mendapatkan pegangan majoriti di Arsenal walaupun sebelum ini Kroenke menyatakan kelab itu tidak akan dijual.
Ianya disahkan sendiri oleh anak Stan iaitu Josh dalam pertemuan dengan penyokong tempoh hari yang mereka tidak akan menjual Arsenal kepada sesiapa pun.
Bagi memastikan misi itu berjaya, Ek dilihat mahu mendapatkan bantuan dari tiga legenda kelab itu bagi memperoleh milikan di Arsenal.
Tindakan yang dilakukan oleh Ek itu juga dilihat popular dalam kalangan penyokong kerana mereka sudah muak dengan kurang kompetennya Kroenke dalam memajukan kelab.
Selain itu, ketiga-tiga bekas pemain itu juga merupakan bintang popular kelab ketika era emas di Highbury.
Apa yang dilakukan oleh Ek ini dilihat cukup serius kerana beliau mahu bukan sekadar ‘sembang kencang’ di media sosial sahaja.
Ek sebelum ini mendedahkan yang beliau sememangnya penyokong Arsenal sejak kecil dan sering menonton aksi mereka.
“Sebagai kanak-kanak yang membesar, saya menyokong Arsenal. Jika Kroenke Sports & Entertainment mahu menjual Arsenal maka saya amat gembira untuk membelinya.”
Baca juga artikel kami mengenai perkembangan Premier League:
Pengurus Ajax Erik Ten Hag Jadi Calon Utama Kendali Tottenham Hotspur
Chelsea Dijangka Atasi Man United Untuk Dapatkan Raphael Varane