Pengurus Ajax Erik Ten Hag Jadi Calon Utama Kendali Tottenham Hotspur

Erik Ten Hag

Pemergian Jose Mourinho dari kerusi pengurus Tottenham Hotspur telah meninggalkan ruang yang besar untuk diisi oleh penggantinya.

Pengendali sementara, Ryan Mason mungkin terlalu muda dan ini berkemungkinan tidak akan membolehkan beliau menjadikan posisi tersebut sebagai jawatan tetap buatnya.

Oleh itu, kini Tottenham sedang mencari pengganti baharu untuk cuba memberikan kejuaraan buat pasukan London itu yang kali terakhir dimenangi pada 2008.

Laporan dari Football-Oranje menyebut pengurus Ajax Amsterdam, Erik Ten Hag kini disebut-sebut sebagai calon utama untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Ten Hag mempunyai kontrak sehingga 2022 dan ini adalah masa terbaik untuk Tottenham mendapatkan beliau.

Akan tetapi, ianya mungkin sedikit sukar kerana Ten Hag memberikan gambaran yang dirinya gembira di Ajax dan mahu terus bersama-sama mereka.

Beliau menjadi calon utama selepas sebelum ini Tottenham mempertimbang untuk mendapatkan Julian Nagelsmann namun pengurus muda itu memilih ke Bayern Munich.

Jika usaha untuk mendapatkan Ten Hag gagal, Tottenham perlu menukar fokus mereka kepada pengurus England iaitu Gareth Southgate.

Potensi membawa Southgate ke Premier League adalah menarik untuk disaksikan namun begitu ianya mungkin sukar jika beliau mahu terus berkhidmat bersama-sama skuad kebangsaan England.

Selain Southgate, terdapat dua lagi nama iaitu Brendan Rodgers dan Ralf Rangnick.

Rodgers dilihat mungkin sukar untuk meninggalkan pasukan semasanya iaitu Leicester City. Beliau dilihat selesa untuk menguruskan skuadnya ketika ini yang beraksi cukup baik dalam saingan liga.

Sementara bagi Rangnick, nama beliau boleh dianggap sebagai wildcard buat Tottenham jika gagal mendapatkan Ten Hag atau Southgate.

Beliau yang turut disebut-sebut terlibat dalam pergerakan perpindahan pengurus akibat pemergian Nagelsmann ke Bayern pastinya akan menjadi tumpuan sama ada beliau mahu kekal di Hoffenheim atau tidak.

Baca juga artikel kami mengenai Tottenham Hotspur:

5 Destinasi Pilihan Untuk Jose Mourinho Selepas Dipecat Oleh Tottenham Hotspur

TERKINI: Tottenham Pecat Mourinho

Mourinho Bingung Ketika Ditanya Mengenai Dulux Troll Tottenham

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN