Zainal Abidin Miliki Dua ‘Talian Hayat’ Jika Mahu Kekal Di Melaka United

Zainal Abidin Hassan Melaka United 2021 talian hayat

Berdepan Perak FC malam nanti merupakan salah satu daripada talian hayat buat pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan untuk terus kekal bersama pasukan.

Pasca pengambil alihan Melaka United, dikhabarkan akan berlaku beberapa perubahan kepada pasukan selepas berakhirnya pusingan pertama Liga Super 2021.

Pemilik baharu pasukan, KenTEAM yang mengambil alih sebanyak 70 peratus saham pasukan dikatakan sudah memberikan kata putus mengenai masa depan pengendali, Zainal Abidin dan beliau memiliki baki dua perlawanan untuk berbuat sesuatu.

Prestasi skuad Hang Tuah dilihat terumbang ambing pada musim ini selain masalah tunggakan gaji yang menghantui pengurusan pasukan sebelum ini sehingga mereka telah dihukum potong tiga mata oleh Malaysian Football League (MFL).

Dalam saingan liga selepas sembilan perlawanan, mereka berada di kedudukan ke-10 dengan hanya tujuh mata. Mereka menang dalam dua perlawanan, empat keputusan seri dan tiga kekalahan dan pada malam ini mereka akan berdepan Perak.

Keputusan ke atas Perak dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) nanti bakal menjadi talian hayat terakhir buat Zainal Abidin untuk memberikan sesuatu yang lebih menyakinkan kepada pihak pengurusan untuk mengekalkan khidmatnya lagi.

Desakan para penyokong di laman sosial baru-baru ini untuk pemecatan Zainal Abidin juga dipandang serius pengurusan pasukan dan perkara ini memang sudah dibawa ke dalam mesyuarat pasukan bersama pemilik baharu tempohari.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Md Sapri di Utusan Malaysia baru-baru ini, “Saya telah diarahkan oleh presiden dan pemilik baharu, KenTEAM untuk menyerahkan laporan post-mortem berhubung prestasi terkini skuad kendalian Zainal Abidin Hasan selepas tewas 2-3 kepada Selangor.”

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia pula, jika tewas dalam dua baki perlawanan pusingan pertama itu, Zainal Abidin akan terpaksa meninggalkan pasukan. Selain itu, pertemuan dengan para pemain juga akan diadakan bersama Mohd Saiful.

“Pertemuan Saiful adalah atas permintaan pemain. Hasil pertemuan akan dibentang kepada pihak pengurusan ter­tinggi MUFC sebelum jendela perpindahan pemain ditutup,” jelas sumber terdekat Melaka United lebih lanjut mengenainya.

Menurut khabar angin yang terdapat di sebuah laman web Melaka United Media, antara pengendali yang mungkin akan bersama mereka adalah Nidzam Jamil atau Mehmed Durakovic. Untuk rekod, Nidzam Jamil pernah dikaitkan dengan skuad Hang Tuah sebelum permulaan musim 2019, sebelum menjadi pengendali FELDA United.

Adakah talian hayat buat Zainal Abidin ini mampu menyelamatkan kariernya? Atau ia hanya omongan kosong sementara mereka memancing pengendali lain?

KREDIT FEATURED IMAGE: MELAKA UNITED

Baca lagi artikel lain mengenai Zinal Abidin Hassan dan Melaka United:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN