Sama ada kerana nostalgia atau kerana kepekaan terhadap fesyen, ramai daripada kita akan bersetuju bahawa rekaan jersi pada abad ke-20 adalah lebih menarik.
Kerana itulah sebahagian daripadanya amat mahal pada hari ini. Malah anda juga boleh menjadi kaya sekiranya memiliki jersi asli dari era tersebut.
Berikut adalah antara jersi ikonik yang pernah menarik perhatian ramai satu ketika dahulu beserta nilainya berdasarkan kajian oleh Casumu.
Perancis 1984-86 – RM815
Rekaan jersi ini dikatakan pembawa tuah buat skuad Perancis selama beberapa tahun lamanya.
Anehnya, mereka tidak menampilkan rekaan sama pada hari ini.
France played a semi-final at the Stade Vélodrome in 1984 before going on to win the EURO… #GERFRA #EURO2016 pic.twitter.com/mqCvzvjUyw
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 7, 2016
Les Blues muncul juara Euro 84 menggunakan jersi ikonik ini ketika era Michele Platini. Adidas memperbaharui rekaan ini pada 1998 ketika era Zidane.
Dan sekali lagi Perancis muncul juara Piala Dunia, juga di tempat sendiri.
Jerman 1988-90 (Home) – RM1,092
Jersi ini dikatakan pernah menghantui mimpi kebanyakan penyokong England satu ketika dahulu.
Jerman Barat menyarung jersi rekaan ini di Piala Dunia 1990 di Itali.
#myfavouritekit The world cup in 1990 had what I consider still the best kits ever produced. Italy, England, West Germany and both Argentina kits. pic.twitter.com/8bTs6ubyUk
— Stephen Skoberne MIPowerE (@steveskoie) April 16, 2020
Pada ketika itu, Jerman menewaskan The Three Lions di separuh akhir melalui penentuan sepakan penalti.
Dikenang sepanjang zaman, belum ada sesiapa boleh melupakan jersi ini.
England 1982 (Home) – RM1,640
Apa sahaja jersi baharu skuad England, ia sering kali kelihatan sama sahaja – putih!.
Kerana itulah jersi home The Three Lions ini menjadi istimewa, kerana perbezaan yang dimilikinya.
Rekaan pada 1982 turut sama digemari seperti rekaan ikonik pada 1990.
Twinned by Design: Did you know Italian side Cagliari had the same kit as England's 1990 World Cup shirt?
England played all of their World Cup group games at the Stadio Sant'Elia, Cagliari in 1990 and was probably the reason behind the kit decision. pic.twitter.com/h57Ep2yHCw
— Classic Football Shirts (@classicshirts) April 3, 2020
Bezanya, keluaran 1982 adalah daripada jenama Admiral, menjadikannya jersi yang sukar ditemui lagi pada hari ini.
Argentina 1994 (Away) – £1,640
Ingatkah anda keraian oleh Diego Maradona?
Legenda Argentina itu menjaringkan gol terakhir untuk negaranya di Piala Dunia 1994 dengan menggunakan jersi ni.
Selepas menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Greece, Maradona berlari ke arah kamera sebelum meraikan dengan memek muka menyeramkan – tetapi pelik.
Karier antarabangsa beliau kemudiannya berakhir selepas dihantar pulang kerana isu doping.
Romania 1994 (Away) – RM2,185
Penyokong Rangers mungkin akan menjadi yang pertama memburu jersi ini selepas kelab Scotland itu mengikat Ianis Hagi sebelum ini.
Ianis adalah anak kepada legenda Romania, Georghe Hagi yang terkenal dengan Romania di Piala Dunia 1994.
Hagi amat sentimental dan hampir berseorangan membawa cabaran negaranya sehingga ke suku akhir pada Piala Dunia 1994 – sebelum disingkirkan Sweden.
Denmark 1986-1988 (Home) – RM2,185
Ramai berpendapat jersi yang digunakan Denmark ketika mengukir sejarah kejuaraan di Euro 1992 sebagai paling bernilai.
Namun ianya sebaliknya, disebabkan rekaan klasik oleh hummel ini.
The 1986 Denmark team is one of the best to never win the World Cup – via @Marcottihttp://t.co/uYIuTmwmOc pic.twitter.com/c8Lo7Blmwn
— ESPN FC (@ESPNFC) May 10, 2014
Denmark melakukan debut di Piala Dunia 1986 dengan jersi ini, dan mengejutkan dunia bola sepak apabila melepasi halangan peringkat kumpulan pada ketika itu.
Brazil 1978-89 (Home)– RM2,185
Brazil tidak pernah muncul juara Piala Dunia dengan jersi ini, namun menggunakan rekaan yang sama ini selama 11 tahun!
Malah skuad Brazil pada ketika ini boleh dianggap sebagai antara skuad terhebat yang tidak pernah memenangi Piala Dunia.
Tanpa kejuaraan, rekaan jersi ini adalah satu-satunya kenangan penyokong bola sepak Brazil dari era tersebut.
Soviet Union 1989-91 (Home) – RM2,460
Anda tidak akan menemui rekaan ekstrem sebegini pada zaman itu, dan ia amat popular.
Ini adalah jersi terakhir yang digunapakai oleh USSR di Piala Dunia sebelum menjadi Soviet Union.
Ia ibarat secebis sejarah, tetapi amat sukar untuk dicari lagi pada hari ini.
USA 1994 – RM2,732
Kegagalan England melayakkan diri ke Piala Dunia 1994 dianggap sebagai memalukan.
Ini kerana Piala Dunia edisi tersebut dikenang dengan pelbagai perkara ikonik yang amat dihargai pada hari ini.
#USMNT-Switzerland. 1994 World Cup. Denim kits. First WC point in 44 years. In photos: http://t.co/gxTtAQwxLo pic.twitter.com/6ShOJbKaDj
— SI Soccer (@si_soccer) March 31, 2015
Salah satunya adlah jersi yang dgunapakai oleh skuad Amerika Syarikat.
Bintang-bintang pada jersi dan jalur denim tersebut adalah salah satu simbolik terbesar Piala Dunia 1994 selain maskot anjing Snoopy.
Holland 1988 home shirt – RM3,278
Khabar angin mengatakan pemain Belanda tidak gemar akan jersi rekaan ini pada ketika pertama kali ianya dikeluarkan.
Tetapi ia memiliki segalanya. Ia mempunyai rekaan bersegi yang menarik perhatian dan simbol bola sepak Belanda.
#Netherlands #Euro 1988 Winners #Holland #GreatSportsTeams pic.twitter.com/bG1YLOVlBu
— GreatSportsTeams (@Gr8SportsTeams) May 27, 2016
Automatik nama seperti Ruud Gullit, Frank Rijkaard dan Marco van Bansten di Euro 88 akan kembali terbayang apabila melihat rekaan jersi ini.
Penutup
Jersi manakah yang menjadi kegemaran anda? Senaraikan sahaja mengikut turutan. Kami mahu tahu jersi manakah yang paling digemari oleh pembaca kami.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak Eropah:
Kenali Formasi Bola Sepak Paling Popular Pilihan Kelab-Kelab Utama Eropah
Statistik Buktikan Haaland Adalah Penyerang Terbaik Di Eropah Pada Hari Ini