Penang FC hampir berjaya mengejutkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), namun akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan terikat 1-1, malam tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Kedah tampil bergelut dalam aksi babak pertama disebabkan keadaan padang yang digenangi air selepas hujan lebat yang turun pada sebelah petang selama beberapa jam di Pulau Pinang.
Namun, segalanya diperbaiki di babak kedua, tetapi sentuhan penyudah tidak kunjung tiba disebabkan benteng tuan rumah yang kental bertahan diketuai Rafael Vitor dan Ryuji Utomo, sehinggalah jaringan Kpah Sherman dihasilkan di minit ke-84.
Pengendali Penang FC, Tomas Trucha menzahirkan kegembiraannya atas keputusan yang telah diraih barisan pemainnya pada perlawanan ketiga liga tersebut.
Liga Super 2021: Ledakkan Lewat Permainan Kpah Sherman Bantu Kedah Ikat Penang FC https://t.co/cFmg0wS0ok
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 12, 2021
Harimau Kumbang menghasilkan gol pada minit ke-11 menerusi kapten, Endrick dos Santos sebelum penyerang skuad Hijau Kuning, Kpah Sherman muncul sebagai penyelamat di minit ke-86 untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.
Menurut Tomas Trucha, “Kami menentang Kedah kali ketiga dalam tempoh tiga minggu. Ia bukan mudah untuk kedua-dua jurulatih. Kami kalahkan mereka di perlawanan kedua dan mereka datang ke sini dengan misi tidak mahu kalah lagi.”
“Saya gembira [dengan para pemain]. Kami mencipta banyak peluang, jika berjaya menjaringkan satu lagi gol, kami sudah menang. Kami telah berdepan juara Liga Malaysia, naib juara Liga Malaysia dan ketika ini kami gembira dengan satu mata.
“Ini adalah kejayaan. Boleh saya katakan yang Kedah tentunya gembira dengan satu mata berdepan Penang FC,” ujar Tomas Trucha dengan wajah gembira.
Full-time: #PENKDA
@fa_penang 1 – 1 @kda_fc
Possession: 44.09% : 55.91%
Successful Passes: 187 : 251
Pass Accuracy: 61.92% : 65.54%
Shot on target: 9 : 7
Shot off target: 6 : 3
Corners: 6 : 12@MFL_MY @MFL_Live @BBST15 #MFL #LigaSuper2021 #penang #kedah #unifi— MokhStats (@mokhstats) March 12, 2021
Beliau berpuas hati dengan para pemainnya tetapi masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh mereka untuk mengharungi saingan Liga Super musim ini. Tomas Trucha juga masih baharu bersama Penang FC sejak dilantik Disember lalu.
“Saya percaya kami masih boleh memperbaiki segala kekurangan, kami perlukan masa untuk terus berlatih dan kami juga perlukan keputusan positif. Apa yang terjadi [hari ini], kami tidak menjaringkan banyak gol,” ulasnya lagi mengenai perlawanan.
Ketika diminta mengulas mengenai keadaan padang, Tomas Trucha mengatakan kedua-dua pasukan terganggu, jadi ia bukanlah alasan untuk kegagalan.
“Saya rasa ia tidak mengganggu [keadaan padang], yang mengganggu adalah kecergasan pemain. Ini sangat mendesak [jadual liga]. Bukan hanya kami terjejas, pasukan lawan turut sama terkesan,” tegas pengendali kelahiran Republik Czech itu.
KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC
Baca lagi artikel lain mengenai Penang FC:
Liga Super 2021: Ledakkan Lewat Permainan Kpah Sherman Bantu Kedah Ikat Penang FC
Liga Super 2021: 5 Perkara Kemenangan JDT, ‘Berpeluh’ Tundukkan Penang FC
Liga Super 2021: 5 Perkara Pertembungan ‘Rakan Promosi’ Penang FC vs KL City