Berikutan artikel mengenai penyertaan penjaga gol baharu, Kevin Mendoza, KL United dan penjaga golnya, Khatul Anuar Jalil telah tampil memberikan respon.
Artikel ‘Kevin Mendoza Sertai KL United, Penjaga Gol Ke-5 Untuk Musim 2021‘ telah menjelaskan mengenai situasi penjaga gol di KL United yang menyaksikan lima orang akan bersaing untuk posisi penjaga gol utama pasukan bagi aksi Liga Super.
Dalam artikel tersebut telah menyenaraikan lima penjaga gol iaitu Kevin Mendoza, Zamir Selamat, Khatul Anuar Jalil, Julian Bechler dan seorang penjaga gol muda – pengganti Ernest Wong, yang tidak dimaklumkan identiti kepada Semuanya BOLA.
Kevin Mendoza Sertai KL United, Penjaga Gol Ke-5 Untuk Musim 2021 https://t.co/D5DjWDLRtv
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 13, 2021
KL United tampil jelaskan situasi
Menurut Eksekutif Media & Komunikasi KL United, Devinder Singh, sebenarnya jumlah penjaga gol dalam skuad utama The City Boys adalah tiga orang sahaja.
Katanya kepada Semuanya BOLA, “Untuk pencerahan, KL United mempunyai tiga penjaga gol senior iaitu Zamir Selamat, Kevin Mendoza dan Khatul Anuar Jalil. Julian Bechler berumur 19 tahun dan ditandatangani untuk pasukan Piala Presiden.”
Dan sebagaimana yang telah ditulis dalam artikel sebelum ini, kontrak Ernest Wong dimaklumkan tidak disambung dan telah pun pulang ke New Zealand.
Ada benarnya apabila persaingan hanya akan melibatkan tiga penjaga gol senior, namun, Khatul Anuar memandang dari sudut lain dengan perkhabaran ini.
“CLEAN SHEET” TERBANYAK CHALLENGE CUP 2019
Penjaga gol UKM FC, Khatul Anuar merekodkan 4️⃣ “clean sheet” dalam Challenge Cup musim ini!
Khatul juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Final 2 🏆 Challenge Cup, tempoh hari.#ChallengeCup2019 pic.twitter.com/W57VROXJQk
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 14, 2019
Khatul Anuar mahu minit permainan
Musim lalu, Khatul Anuar gagal untuk mengetepikan Zamir Selamat selaku penjaga gol utama pasukan apabila bekas penjaga gol skuad muda negara itu tampil dalam semua aksi KL United dalam misi meraih tiket promosi ke saingan Liga Super 2021.
Beliau kembali ke KL United pada musim 2020 disebabkan telah dipanggil semula pihak pengurusan selepas aksi cemerlang ketika dipinjamkan ke UKM FC. Begitupun, disebabkan pandemik COVID-19, liga berlangsung pendek dan beliau gagal beraksi.
Menurutnya, ketika bersetuju menyambung kontraknya untuk semusim lagi, beliau dimaklumkan tiada pemain baharu akan dibawa masuk oleh pengurusan, namun agak terkejut apabila mendapat tahu The City Boys membawa masuk Kevin Mendoza.
Jelasnya ketika dihubungi Semuanya BOLA, tempat hanya satu untuk penjaga gol, “Peluang untuk bermain itu, saya boleh kata tipis. Saya perlu bersaing dengan penjaga gol import dan saya faham. Saya perlu tengok dahulu macam mana situasi nanti.”
Penjaga gol muda pasukan Kuala Lumpur, Khatul Anuar akan dipinjamkan ke UKM FC selepas lambakkan jumlah penjaga gol yg dimiliki skuad warga kota ketika ini. Antara tujuan utama lain beliau dipinjamkan bagi mendapat pendedahan & minit bermain yg secukupnya. pic.twitter.com/roqYmi8fwf
— Kaki Rembat Artwork (@RembatKaki) January 8, 2019
Akan berjumpa CEO dahulu
Beliau bukan tidak mahu bersaing dengan Kevin Mendoza dan Zamir Selamat, tetapi dengan kedudukannya sebagai pilihan ketiga ketika ini memberikannya tiada pilihan lain. Beliau mahukan minit permainan dan jika melihatkan situasi tersebut, beliau merasakan masanya untuk bermain mungkin tidak akan kunjung tiba.
Bercakap kepada Astro Arena ketika pulang ke KL United musim lalu, beliau ada berkata yang tidak mahu dianggap seperti kain buruk apabila dipanggil semula. Beliau telah beraksi dengan baik di UKM FC dengan meraih Clean Sheet terbanyak dalam Piala Cabaran 2019. Beliau kembali dengan misi mahu beraksi.
Menurutnya lagi ketika bercakap kepada Semuanya BOLA, beliau dijadualkan akan bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stanley Bernard pada Isnin (esok).
Katanya sambil memaklumkan sudah ada sebuah pasukan yang sedang menunggu keputusannya ketika ini, “Waktu tandatangan kontrak dahulu, pengurusan cakap tidak akan ambil keeper baru. Jadi agak terkejut bila tahu tentang berita ini. Saya akan bagi saingan juga [jika perlu kekal], tetapi harus diakui, ia agak berat.”
“Saya memang positif, lain la kalau pemain tempatan. Disebabkan import, kalau dia [Kevin Mendoza] tidak bermain, orang akan persoalkan. Jika mereka [KL United] setuju, saya memang minta dipinjamkan,” jelas pemain berusia 23 tahun itu.
KREDIT FEATURED IMAGE: KL UNITED
Baca lagi artikel lain mengenai KL United dan Khatul Anuar:
3 Perubahan Pertama Yang Stanley Bernard Rancang Bersama KL United