Pendedahan Moyes Mengenai Betapa Sayangnya Alex Ferguson Kepada Lingard

Sir Alex Ferguson Jesse Lingard

Prestasi memukau Jesse Lingard sejak menyertai West Ham United secara pinjaman telah menarik perhatian bekas pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson.

Pengurus The Hammers, David Moyes mendedahkan pengurus legenda tersebut telah menghantar mesej kepadanya mengatakan beliau gembira dengan perkembangan bekas anak didiknya itu di Stadium London.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan produk akademi Manchester United dan di penghujung khidmat Ferguson sebagai pengurus, beliau telah beberapa kali disenaraikan dalam skuad utama, namun tidak sempat membuat sebarang penampilan dalam aksi kompetitif.

https://twitter.com/SportsbookBTC/status/1360898858344062977?s=20

Selepas Moyes tiba di Old Trafford pada 2013, Lingard terus disenaraikan dalam 19 pemain untuk jelajah pra-musim dan beliau merupakan penjaring gol pertama buat pengurus Scotland berkenaan di United.

“Dia di sini cuma untuk tempoh yang singkat, tetapi saya telah pun berhubung dengan Sir Alex yang minta saya untuk memberi perhatian terbaik untuk Jesse,” ujar Moyes.

“Katanya dia masih teringat mengenai Jesse kerana Sir Alex yang mendidiknya ketika masih ‘budak’ di Old Trafford. Kemudian semasa di sana, saya telah memberikannya peluang dalam permulaan kariernya di skuad utama.

“Itu jelas menunjukkan betapa Sir Alex amat mementingkan pembangunan pemain muda. Sepanjang menjadi pengurus kita boleh lihat bagaimana dia begitu minat untuk membentuk pemain-pemain muda ini dan dia gembira apabila Jesse mendapat peluang yang sama.”

Lingard menjaringkan dua gol dalam debutnya untuk West Ham ketika menumpaskan Aston Villa pada awal bulan lalu sekaligus mendiamkan pengkritiknya.

Moyes kemudian mengambil contoh bagaimana hubungan baiknya dengan Ferguson membolehkan beliau membantu beberapa pemain.

“Saya merujuk semula ketika saya masih di Everton. Saya membawa masuk Phil Neville dan Tim Howard. Neville mempunyai mentaliti yang sangat hebat, dan saya harap Jesse juga akan menjadi seperti itu di West Ham.”

West Ham yang kini berada di tangga ke enam liga dalam kedudukan terbaik untuk merebut slot ke kejohanan Eropah dan ianya merupakan pencapaian terbaik Moyes sejak beliau meninggalkan United.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jesse Lingard:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN