Erling Braut Haaland berkata Ole Gunnar Solksjaer telah banyak membantu beliau memperbaiki keupayaan sebagai seorang penyerang sehingga kini dilabel sebagai salah seorang penyerang paling tajam bola sepak pernah saksikan.
Pemain Norway itu menjadi sensasi selepas menjaringkan 40 gol pada musim lalu untuk Red Bull Salzburg dan Borussia Dortmund. Pemain remaja itu berhijrah ke Bundesliga pada jendela perpindahan Januari lalu.
Tokal perpindahan ke Manchester United
Haaland dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sepanjang tahun 2019, sebelum mengejutkan ramai dengan pengumuman perpindahan ke Jerman pada Januari 2020
Ia juga bermakna Haaland menolak untuk disatukan kembali bersama Solksjaer yang memainkan peranan besar membentu beliau ketika kedua-duanya bersama Molde.
REPORT
Hibernian are out of the Europa League after a 3-0 defeat in Norway with Erling Braut Håland scoring twice for Ole Gunnar Solksjaer's Molde:https://t.co/i7W8hasEwd pic.twitter.com/DNwPX0uyHK
— Sky Sports Scotland (@ScotlandSky) August 16, 2018
Walaupun tidak meneruskan kerjasama dengan pengurus Manchester United itu, Haaland mengakui betapa pentingnya peranan Solksjaer dalam perkembangan beliau sebagai seorang pemain.
Solksjaer yang menyertai United pada 1996 telah melatih Haaland melalui latihannya, dan mengajar pemain itu untuk tenang di dalam kotak penalti.
Peranan Solskjaer
Bercakap kepada Eurosport, Haaland mengenang kembali satu perlawanan bersama Molde berhadapan Brann dalam saingan domestik di Norway.
Brann adalah sebuah kelab yang dikenali dengan pertahanan yang kental, tetapi Haaland berjaya menjaringkan empat gol dalam tempoh 20 minit!
One to keep an eye out for 17 year old Norwegian youngster Erling Haaland who plays for Molde as Striker. Scored 4 goals today in 23 minutes vs league leading team Brann. pic.twitter.com/Hhvf2SO7sn
— Moby (@Mobyhaque1) July 2, 2018
“Sebelum perlawanan tersebut, Solksjaer bersama saya menjalani latihan untuk melakukan penyudah,” kata Haaland.
“Ia bukan sahaja bagaimana menyudahkan bola dari hantaran lintang. Saya masih ingat bagaimana beliau [Solksjaer] mengajar saya beberapa peraturan mudah.
“Itu adalah perkara yang beliau ajar kepada saya beberapa hari sebelu perlawanan tersebut, dan beliau banyak mengajar saya bagaimana untuk tenang, dan bagaimana untuk sentiasa bersedia untuk berhadapan situasi setiap kali bola tiba.
“Hanya dengan cara itu anda berpeluang untuk menjaringkan gol. Beliau harus diberikan banyak kredit kerana mengajar saya perkara itu.:
Sukar bagaimana untuk membayangkan Haaland mampu berada di tahap yang beliau telah capai pada hari ini.
Haaland on Ole: "Solsjkaer and I did some practice on finishing [ the day before I scored four against Brann for Molde]. The first one was on touch. That I don't use to much power and try to destroy goal or goalie with the ball." #mufc [Euro Sport] pic.twitter.com/LNDvTDFs9j
— United Zone (@ManUnitedZone_) April 7, 2020
Permulaan kariernya juga tidaklah seperti yang ramai bayangkan. Beliau berada di dalam banyak tekanan dan pada musim 2018 bersama Molde, Haaland banak terlepas peluang – walaupun hanya bergelar pemain remaja.
Sebelum perlawanan penting menenyang Brann itu, Haaland telah gagal menjaringkan gol menentang Kristiansund dan Stabaek.
Haaland hampir putus asa
Halland juga masih ingat bagaimana kecewa dirinya pada ketika itu dan bagaimana Solskjaer terus memberi kepercayaan kepada beliau.
“Saya masih ingat betapa kecewanya saya sebagai seorang penyerang muda pada ketika itu. Segala-galanya seperti tidak memihak kepada anda ketika latihan.
“Saya bersendirian [berlatih] bersama penjaga gol, dn juga tiang gol. Saya menerima hantaran daripada Ole Gunnaer [Solksjaer] dan setiap kali itu saya gagal menyempurnakan peluang.
“Saya masih ingat apa Ole katakan “Saya berpendapat anda akan beraksi dari permulaan, jadi bersedialah.”
https://twitter.com/SozcuSkor/status/1242452698814992385
Haaland memulakan kariernya bersama Bryne sebelum disambar oleh Molde di bawah kendalian Solksjaer pada 2017. Beliau beraksi dalam 20 perlawanan pada musim pertama di bawah kendalian pengurus itu, dan hanya menjaringkan empat gol.
Musim berikutnya Haaland menampilkan peningkatan, dengan 16 gol dari 30 penampilan.
Prestasi cemerlang tersebut membuka laluan untuk Haaland ke Salzburg, di mana karier profesional beliau benar-benar bermula dan mendapat perhatian.
Haaland menjaringkan 29 gol dari 27 perlawanan untuk mulai mencuri perhatian kelab-kelab elit di seluruh Eropah termasuk Real Madrid, Juventus, Liverpool, dan Manchester United – sebelum memilih untuk menyertai Borussia Dortmund.
Penutup
Walaupun baru memasuki tahun kedua kontrak bersama Borussia Dortmund, masa depan Erling Haaland kini sudah mulai menjadi perbincangan akhbar di eropah.
Real Madrid, Manchester City dan Chelsea adalah di antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Norway ini. Atau adakah akirnya beliau akan bersatu kembali dengan Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United sekali gus mengakhiri pencarian pemain No.9 oleh kelab itu selama ini?
Baca artikel menarik lain daripada kami melalui pautan di bawah:
5 Perkara Mengenai Sumareh Yang Masih Jadi Tanda Tanya Selepas FIFA Arah Pahang Bayar Tunggakan
10 Rekod Luar Biasa Dalam Bola Sepak Yang Hanya Mampu Dihasilkan Oleh Cristiano Ronaldo
Rory Delap: Taktik Ganjil Hull City Hadapi Throw-In Yang Dibenci Wenger
Mengapa Perjanjian Liridon, Abi Ke Newcastle Jets Boleh Dianggap ‘Win-Win Situation’?