‘Termakan Ubat Bini’ – Ajax Sahkan Andre Onana Digantung 12 Bulan Isu Doping

Andre Onana Ajax

Penjaga gol Ajax Andre Onana sah digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan selepas didapati bersalah di atas isu doping.

Kelab Liga Eredivisie itu dalam kenyataannya mengesahkan pemain berusia 24 tahun itu digantung oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas hasil ujian dopingnya mengandungi Furosemide yang dijalankan pada Oktober tahun lalu.

Apa yang menarik perhatian adalah alasan Onana yang mengatakan beliau secara tidak sengaja telah mengambil pil milik isterinya selepas merasa tidak sihat kerana merasakan ianya hanya ‘ubat biasa’.

“Pada pagi 30 Oktober, Onana merasa kurang sihat dan mahu mengambil ubat untuk mengurangkan rasa tidak selesa,” ujar Ajax dalam kenyataannya.

“Malangnya, beliau telah terambil Lasimac, ubat milik isterinya yang mengandungi Furosemide. Tambahan pula badan disiplin UEFA juga telah maklum bahawa Onan tiada sebarang niat untuk menipu.”

Penjaga gol Cameroon itu secara tegas menolak sebarang tuduhan yang mendakwa beliau tiada semangat kesukanan hanya kerana kesilapan manusia biasa dan mengatakan beliau menentang sebarang panyalah gunaan bahan terlarang.

Ajax dan pemainnya itu turut mengesahkan mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan penggantungan itu.

Onana merupakan hasil produk akademi Ajax yang telah membuat lebih 200 penampilan dalam semua pertandingan. Musim ini beliau terlah beraksi 26 perlawanan.

Dengan ketiadaan penjaga gol utama itu, pendahulu liga Belanda tersebut mungkin akan menurunkan penjaga gol veteren Martin Stekelenburg ataupun penjaga gol muda Croatia Dominik Kotarski.

Kredit Foto: Getty Images

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

10 Rekod Luar Biasa Dalam Bola Sepak Yang Hanya Mampu Dihasilkan Oleh Cristiano Ronaldo

Rory Delap: Taktik Ganjil Hull City Hadapi Throw-In Yang Dibenci Wenger

7 Pemain Yang Terjerat Badi Sumpahan Kecederaan Selepas Sertai Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN