Lihat 5 Gol Aneh Tetapi Unik Pernah Dihasilkan Sepanjang Sejarah Premier League

Jason Cundy (Tottenham v Ipswich, Ogos 1992)

Ogos 1992 adalah antara detik awal Liga Inggeris dijenamakan semula kepada Premier League (Liga Perdana Inggeris). Pertemuan di antara Tottenham menentang Ipswich juga adalah antara perlawanan yang terawal pada era Premier League.

Ipswich sebenarnya bermula dengan baik untuk musim 1992/93. Berjaya mengikat Man United di Old Trafford, diikuti oleh Liverpool dan Aston Villa di tempat sendiri selepas itu. Dan keputusan seri tersebut berlarutan di Portman Road menentang Tottenham.

Pada ketika itu penjaga gol Ipswich Craig Forest berada di penjuru kotak penalti beliau tatkala lontaran ke dalam dilakukan di bahagian tengah padang. Semuanya tampak normal. Lontaran terus diarahkan kepada Chris Kimonya yang melakukan flick ke belakang mencari rakan sepasukan, Jason Dozzell.

Kemudian secara tiba-tiba Jason Cundy dengan agresif tiba-tiba muncul dengan sepakan ala terjahan menyebabkan bola melambung tinggi merentasi jarak lebih 50 meter untuk menewaskan Forest yang hanya mampu terkapai-kapai.

Ia memang gol yang aneh. Pengulas legenda Sky Sports, Martin Tyler berkata: “Ia adalah gol nasib, anda harus katakan begitu.”

Javier Hernandez (Manchester United v Stoke, Oktober 2010)

Manchester United berkungjung ke Stadium Britannia pada peringkat awal musim 2010/11. Menuju perlawanan tersebut, Man United gagal merekod kemenangan dalam empat perlawanan, kehilangan mata ke atas lawan seperti Fulham, Everton, Bolton dan Sunderlang.

Prestasi tidak baik itu memberikan Chelsea pendahuluan selesa dalam liga, dan impian Man United mengejar kejuaraan ke-19 turut menjadi persoalan.

Pada musim itu ada sebab mengapa Javier Hernandez dinamakan pemain terbaik Man United di musim pertamanya. Kita semua tahu keupayaan Stoke dalam gerakan set-pieces dan ini termasuk ketika bertahan dari ancaman bola tinggi.

Bermula dari sepakan percuma pendek dari Nani, Partice Evra mengambalikan sepakan sebelum hantaran lintang pemain Portugal itu menemui Nemanja Vidic.

Marc Wilson ditugaskan mengawasai Hernandez yang lebih rendah dari beliau, namun pemain Mexico itu mampu melonjak tinggi dan dengan cara yang pelik menanduk bola ke belakang untuk menewaskan Thomas Sorensen.

Aksi Hernandez dianggap aneh. Tetapi aksi sebegitu menentang lawan seperti Stoke ialah istimewa.

Adama Diomande (Hull v Leicester, Ogos 2016)

Belum pernah juara bertahan Premier League tewas perlawanan pembukaan musim berikutnya pada ketik itu. Tetapi Leicester City nyata mempunyai skrip lain untuk diikut.

Hull bukanlah skuad yang lengkap. Steve Bruce meninggalkan kelab itu pada Julai 2016, dan pra musim juga dijalankan tanpa skuad yang lengkap. Namun ia tidak menghalang Hull dari melakukan kejutan pada hari pertama musim baharu menewasakan juara bertahan, Leicester City.

Berpunca dari sepakan sudut Robert Snodgrass yang ditanduk oleh Curtis Davies, percubaan pertama diselamatkan oleh Kasper Schemeichal. Bola yang muntah kemudian disambar oleh Adama Diomande dan Abel Hernandez – kedua-duanya dengan sepakan akrobatik untuk membocori gawang The Fox.

Gol tersebut seolah-olah dihasilkan hasil dua sepakan serentak oleh Diomande dan Hernandez. Ulang tayang kemudiannya menunjukkan Hernandez terlebih dahulu menyentuh bola sebelum ia mengenai kasit Diomande sebelum bola menerjah masuk.

Dion Dublin (Coventry v Newcastle, November 1997)

Jika anda berpendapat gol oleh Nani untuk Man United dalam perlawanan menentang Tottenham pada Oktober 2010 sebagai licik, maka anda harus menilai gol jaringan Dion Dublin untuk Coventry menentang Newcastle pada November 1997 terlebih dahulu.

Shay Given sebelum itu cemerlang menyelamatkan satu hantaran lintang oeh Newcastle dalam perlawanan yang diadakan di Highfield Road. Given pada asalnya mahu terus memulakan kembali perlawanan dengan membaling bola kepada Darren Peacock, tetapi pemain itu menolak idea tersebut dengan menggelengkan kepala.

Perkara itu menyebabkan Given meletakkan bola ke atas permukaan untuk memulakan kembali perlawanan, tanpa menyedari Dublin sedang menunggu dan memerhatikan sahaja gerak geri penjaga gol itu setelah sebelum itu gagal menyambar hantaran lintang rakan sepasukan.

Dublin dengan pantas memasuki padang, dan menyepak bola masuk ke dalam gawang yang terngaga. Hanya selepas perlawanan tamat, Given menjelaskan beliau meletakkan bola ke atas permukaan padang kerana disebabkan peraturan baharu penjaga gol dibenarkan menyimpan bola hanya selama enam saat untuk mengelak dari membuang masa.

Darren Bent (Sunderland v Liverpool, Oktober 2009)

Antara gol paling kontroversi pernah berlaku di dalam sejarah Premier League dan turut dijadikan meme di seluruh dunia. Tapi sekurang-kurangnya pengurus Sunderland, Steve Bruce mempunyai pendapat yang sama dengan kapten Liverpool ketika itu, Steven Gerrard bahawa sepatutnya pengadil memberikan drop-ball.

Pengadil perlawanan Mike Jones membenarkan gol Darren Bent yang terbias oleh bola pantai yang dibaling masuk dari kalangan penyokong Liverpool sendiri. Pada ketika ada objek luar memasuki padang, perlawanan sepatutnya dihentikan. Namun pada ketika itu, ramai juga yang tertanya-tanya sama ada bola terbias bola pantai atau Glen Johnson.

Pada era itu VAR masih belum wujud untuk mengesahkan terus apa yang berlaku. Sekiranya berlaku pada hari ini, Liverpool sudah pasti diselamatkan oleh VAR.

Penutup

Mana satukah gol di atas yang paling aneh? Mungkinkah gol Darren Bent dibatalkan pada hari ini kerana adanya VAR? Bagaimana pula dengan sepakan double bicycle kick Hull City?

Jika anda mempunyai dan mengetahui gol aneh dan menarik lain untuk dikongsikan, nyatakan di ruangan komen. Kami juga mahu mengetahuinya daripada anda.

Baca artikel menarik kami yang lain melalui pautan:

Kenali 6 Bintang Dunia Yang Tidak Pernah Terima Kad Merah Sepanjang Karier

6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

9 Pemain Liverpool Yang Belum Pernah Dinodai Oleh Kekalahan Di Anfield

Kisah Sir Alex Tampil Dalam Rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ Yang Beliau Sesali

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN