Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer nyata sudah berpuas hati dengan skuad dimilikinya dan beranggapan beliau tidak perlu untuk membawa masuk nama besar ke dalam pasukan pada jendela perpindahan Januari ini untuk memberikan saingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.
Menurut laporan Goal, terdapat saranan buat Solskjaer untuk membawa masuk pemain dengan kualiti hebat seperti ditampilkan pemain tengah, Bruno Fernandes untuk menambah kekuatan pasukan tersebut.
Kehadiran pemain kelahiran Portugal itu jelas menjadi tonik berguna dalam membantu kebangkitan Manchester United yang kemudiannya menamatkan saingan musim lalu di tempat ketiga sekali gus dapat kembali ke kempen Liga Juara-Juara Eropah.
Musim ini juga menyaksikan Fernandes memberikan sumbangan berkesan dalam membantu United ketika ini menghuni tangga kedua, terikat 33 mata bersama pendahulu liga, Liverpool dan The Red Devils kekurangan satu perlawanan berbanding musuh tradisi itu.
Bagaimanapun, pengendali berusia 47 tahun itu melihat keadaan cukup berbeza dan berkemungkinan tiada pemain nama besar yang akan masuk pada jendela perpindahan kali ini.
”Situasi sekarang sangat berbeza dengan setahun yang lalu, amat sukar untuk membawa masuk pemain baharu,” ujar Solskjaer menurut laporan Goal.
”Namun, kenyataan anda memang benar. Bruno menyertai pasukan dan menjelmakan impak yang sangat luar biasa. Dia menjadikan kami sebagai sebuah pasukan yang lebih baik dan dia juga menjadi pemain yang lebih baik.”
”Jika ada kesempatan di luar sana [membawa masuk pemain nama besar], saya tidak akan mengatakan tidak kepada perkara itu, tetapi keadaan seperti tidak akan terjadi apa-apa,” tambah Solskjaer lagi.
Awal musim lalu menyaksikan Manchester United telah membawa masuk Donny van de Beek, Alex Telles dan Edinson Cavani untuk menambah kekuatan pasukan.
Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Solskjaer:
Ole Gunnar Solskjaer: Saya Tak Kira Pun Berapa Penalti Liverpool Dapat
Ole Gunnar Solskjaer: Hari Terburuk Saya Sebagai Pengurus Man Utd
Ole Gunnar Solskjaer Anggap Jadual Tidak Adil Buat Manchester United