Robert Lewandowski: Klopp Merupakan Cikgu Paling Teruk Buat Saya

Lewandowski Klopp

Peledak berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski mengimbau kembali kenangannya ketika berada di bawah bimbingan Jurgen Klopp ketika kedua-dua mereka masih lagi menggalas tanggungjawab bersama Borussia Dortmund.

Dilabel sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia pada ketika ini, Lewandowski menganggap bekas pengurusnya itu sebagai seorang guru ‘yang teruk’ dalam membantunya mencapai kegemilangan dalam karier profesional beliau.

Sehubungan dengan itu, Lewandowski turut mengakui hubungannya dengan Klopp boleh dikatakan lebih daripada seorang anak dan bapa dan beliau amat berterima kasih berikutan didikan diberikan pengendali kelahiran Jerman itu.

”Jurgen [Klopp] bukan hanya diibaratkan sebagai ayah buat saya. Sebagai jurulatih, dia seperti seorang guru ‘yang teruk’. Dan saya maksudkan bahawa dalam erti kata terbaik.”

”Mari saya ceritakan kepada anda. Fikir semula apabila anda berada di sekolah. Cikgu mana yang akan anda selalu ingati?”

”Bukan cikgu yang membuatkan hidup anda mudah sahaja dan tidak mengharapkan sesuatu daripada anda,” ujar Lewandowski menurut laporan Goal.

”Tidak. Anda akan mengingati cikgu yang teruk, seorang yang tegas terhadap anda.”

”Seorang yang meletakkan tekanan dan melakukan segalanya untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik buat anda. Itulah cikgu yang yang membuatkan anda menjadi lebih baik, betul? Dan Jurgen adalah seorang guru seperti itu.”

”Dia tidak akan berpuas hati untuk membiarkan anda menjadi pelajar gred B, anda tahu? Jurgen mahu menjadi pelajar [gred] A+. Dia tidak mahu perkara itu untuk dirinya tetapi untuk anda sendiri.”

”Dia banyak mengajar saya. Apabila saya tiba di Dortmund, saya mahu melakukan segalanya dengan pantas [hantaran pantas dan satu sentuhan hantaran sahaja]. Jurgen menunjukkan saya cara untuk lebih bertenang untuk melakukan dua sentuhan bola sekiranya perlu.

”Ia benar-benar bertentangan dengan sifat saya, tetapi kemudiannya saya lebih banyak menjaringkan gol,” tambah Lewandowski lagi.

Kredit featured image: Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lewandowski dan Klopp:

Hebat Luar Dan Dalam Padang, Robert Lewandowski ‘Bolot’ Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani

Jurgen Klopp Pelik Kenapa Man Utd Dapat Lebih Sepakan Penalti Berbanding Pasukannya

Lewandowski Nyaris Sertai Manchester United Selepas Dipujuk Ferguson

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN