Bintang Barcelona, Lionel Messi meragui kemampuan pasukannya untuk memikat kembali pemain lincah, Neymar Jr yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan semula ke kelab gergasi Sepanyol itu.
Neymar mencuri tumpuan dunia pada musim 2017/18 apabila memecahkan rekod perpindahan termahal dunia selepas menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran perpindahan bernilai €222 juta sekali gus megatasi rekod yang sebelum ini dipegang bekas rakan sepasukannya, Ousmane Dembele [€105 juta].
Selepas empat musim bersama PSG, terdapat spekulasi yang mula mengatakan Neymar ingin kembali bergandingan dengan Messi di Nou Camp.
Bagaimanapun, Messi merasakan adalah sesuatu yang sukar buat The Blaugrana untuk merealisasikan perkara tersebut berikutan nilai tinggi dipegang oleh Neymar.
”Bagaimana nak membayar kepada Paris untuk mendapatkan Neymar?” Ujar Messi menurut laporan dikeluarkan Goal.
”Bukan sesuatu yang mudah. Ia merupakan situasi yang sukar buat presiden baharu Barcelona nanti. Dia perlu menjadi lebih bijak, mendapatkan segalanya secara teratur dan melakukan banyak perubahan untuk memastikan ianya lancar.”
”Ia juga sukar untuk membawa masuk pemain kerana kami memerlukan duit dan kami pun tiada duit.”
”Terdapat beberapa pemain penting yang kami perlu kekalkan mereka di kelab ini dan kami perlu membayar mereka.”
”Dia [Neymar] berkata, ‘Saya berminat untuk bermain bersama.”
”Ya, kami ada berhubung dari semasa ke semasa antara kami bertiga [termasuk Luis Suarez] pada setiap hari.”
”Kami tetap menjaga persahabatan kami,” tambah Messi lagi.
Kredit featured image: Ira L. Black/Corbis via Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai kedua-dua pemain ini:
Neymar Dedahkan Lionel Messi Sentiasa Berikan Sokongan Ketika Di Barcelona