Neymar: Saya Mahu Kembali Bergandingan Bersama Messi

Neymar Messi

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar tanpa berselindung mendedahkan bahawa beliau mengimpikan untuk beraksi bersama-sama bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi pada musim hadapan.

Pernah bergandingan bersama Messi ketika menyarung jersi Barcelona sebelum memilih untuk berhijrah ke PSG berselang empat musim kemudiannya, Neymar mengakui akan berusaha sehabis baik bagi merealisasikan impiannya itu.

Sepanjang empat musim bersama, Messi dan Neymar telah berjaya menghasilkan 202 jaringan buat Barcelona dalam saingan La Liga di mana Messi meledakkan 134 gol manakala Neymar pula menyumbangkan 68 gol. Dengan adanya Luis Suarez bagi melengkapkan trio ‘MSN’ pada ketika itu, jentera serangan Barcelona merupakan antara yang digeruni pada ketika itu.

Sehubungan dengan itu, Neymar menegaskan masih berminat untuk kembali berada dalam satu pasukan bersama legenda bola sepak yang memenangi enam gelaran Ballon d’Or itu.

”Apa yang saya sangat mahukan ialah untuk sekali lagi menikmati pengalaman beraksi dalam satu pasukan bersamanya [Lionel Messi].”

”Dia boleh memainkan peranan seperti saya, ia tidak menjadi masalah buat saya,” ujar Neymar menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Sudah pasti, tahun [musim] hadapan, kami perlu untuk melakukannya.”

Trio Messi, Neymar dan Suarez berjaya membantu Barcelona memenangi kejuaraan La Liga buat dua musim berturut-turut [2014/15 dan 2015/16] dan turut menjuarai kempen Liga Juara-Juara Eropah 2014/15 dan tiga gelaran Copa del Rey.

Neymar bagaimapun menggemparkan dunia bola sepak apabila meninggalkan Barcelona pada musim 2017/18 untuk menyertai PSG dengan nilai  €222 juta sekali gus menjadikan ia sebagai perpindahan termahal dunia.

Kredit featured images: Ira L. Black/Corbis via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:

Calon Presiden Baharu Mahu Satukan Kembali Messi & Guardiola Di Barcelona

Lionel Messi: Saya Penat Sentiasa Jadi Masalah Buat Semua Orang

Barcelona Mungkin Tukar Nama Nou Camp Kepada ‘Stadium Leo Messi’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN