Neymar Dedahkan Lionel Messi Sentiasa Berikan Sokongan Ketika Di Barcelona

Neymar

Banyak pihak berpendapat bahawa pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) adalah untuk keluar daripada bayang-bayang Lionel Messi yang mencipta reputasi gah di Barcelona.

Mengimbau kembali kenangan bersama kelab Catalan tersebut, Neymar mendedahkan bahawa Messi memainkan peranan besar dalam karier cemerlang beliau di Nou Camp.

”Ia satu cerita yang saya ceritakan kepada semua orang. Pada masa saya sangat memerlukan sokongan, lelaki di dalam pasukan, yang terbaik di dunia (Lionel Messi), datang dan memberikan saya ‘cinta’ buat saya.”

Menurut sumber Goal, ketika ditanya adakah Neymar akan kembali semula ke Barcelona untuk bergandingan bersama Messi, ini adalah jawapan pemain antarabangsa Brazil tersebut:

”Ia sukar, sangat sukar. Secara jujurnya ia sangat sukar kerana Leo (Lionel Messi) adalah seorang yang sangat istimewa buat saya di Barcelona.”

BARCELONA, SPAIN – MAY 26: Lionel Messi (L) and Neymar Jr. of FC Barcelona chat during a training session at FC Barcelona Sports Centre on May 26, 2017 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Neymar turut berkongsikan nasihat yang diberikan Messi kepadanya ketika permulaan karier di Barcelona.

”Dia bercakap kepada saya dan berkata: ‘mari sini, kamu mesti menjadi diri sendiri, kamu mesti gembira sama seperti ketika di Santos (kelab Neymar sebelum ke Barcelona).”

”Jangan malu-malu, jangan takut kepada saya atau sesiapa sahaja dalam kelab ini. Kami ada untuk memberikan bantuan kepada kamu.”

Selepas empat musim berkelana ke Sepanyol menabur bakti buat Barcelona, Neymar mengambil keputusan berhijrah ke PSG dengan mencatatkan yuran perpindahan bernilai €222 juta.

Ia sekaligus menjadikan beliau pemain termahal dalam sejarah bola sepak dunia ketika ini.

Neymar dan Lionel Messi kini masing-masing memainkan peranan penting dalam mengemudi PSG dan Barcelona menduduki tangga teratas Ligue 1 dan La Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN