Selamat Kembali Ke Negeri Sembilan Zaquan Adha, K. Devan

Zaquan Adha

Semakin menarik percaturan Negeri Sembilan FC apabila bekas penyerang, Zaquan Adha dan bekas pengendali mereka, K. Devan telah kembali ke pangkuan pasukan.

Musim ini, Negeri Sembilan menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan ke-11 liga, hanya tiga mata dipisahkan daripada penghuni dasar liga, Perak II. Ia merupakan satu musim yang harus mereka segera lupakan kerana ia musim terburuk mereka di saingan Liga Malaysia (Liga M), khususnya untuk saingan Liga Premier.

Sejurus dilepaskan Kedah pada penghujung musim ini, Zaquan Adha pernah mengeluh mengenai kesukarannya untuk mencari pasukan. Dengan lambakan penyerang import, bekas penyerang skuad kebangsaan itu dilihat semakin sukar untuk bersaing.

Tidak disangka, pasukan yang menjadi permulaan karier profesionalnya, Negeri Sembilan telah tampil menagih kudratnya. Ketika kemuncak kariernya, Zaquan Adha adalah penjaring terbanyak skuad Jang untuk tiga musim berturut-turut, sejak 2007/08. Itu juga tahun beliau meraih debut bersama Harimau Malaya.

Zaquan Adha pernah membantu Negeri Sembilan menjulang beberapa kejuaraan antaranya Liga Super 2006, Piala Malaysia 2009, 2011 serta Piala FA 2010.

Untuk K. Devan pula, beliau kembali buat kali ketiganya selepas percubaan keduanya bersama Negeri Sembilan boleh dianggap sebagai gagal. Pada musim 2015, dalam saingan Liga Premier, mereka hanya mampu menduduki kedudukan ke-6 liga.

Negeri Sembilan merupakan tempat pertamanya menjadi jurulatih iaitu pada musim 2004 sehingga 2006 yang menyaksikan Negeri Sembilan meraih kejuaraan Liga Super pada 2006. Musim itu juga menyaksikan mereka mara sehingga ke pentas akhir Piala Malaysia dan juga separuh akhir Piala FA – antara pencapaian terbaik mereka.

Adakah K. Devan akan berjaya dalam misi ketiganya bersama Negeri Sembilan? Apa yang penting adalah mereka perlu kembali ke landasan semula selepas musim yang agak ‘memalukan’ dengan berada sangat hampir di dasar Liga Premier 2020.

Skuad Jang juga dikatakan telah menyambar beberapa lagi pemain seperti dua benteng, Nasrullah Hanif Johan dari Terengganu FC dan Annas Rahmat (Melaka United). Mereka juga telah mendapatkan R. Aroon Kumar dan R. Barathkumar (PJ City), selain bekas penjaga gol FELDA United yang dibubarkan, Muhaimin Mohamad.

KREDIT FEATURED IMAGE: MFL

Baca lagi artikel mengenai Negeri Sembilan FC:

K. Devan Tekad Kemudi Negeri Sembilan Ke Liga Super 2022

Zaquan Adha Anggap Shakir Shaari Pemain ‘Nombor 6’ Terbaik

RASMI: Zaquan Adha Pilih Kedah Kerana Tertarik Dengan Perancangan Rapi KFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN