Jika Juventus Nak Pogba, United Mintalah Tukar Dengan De Ligt Atau Ronaldo

Pogba United De Ligt Ronaldo

Bukan lagi rahsia keberadaan Paul Pogba di Manchester United sudah diibaratkan bagai hati pilu yang merayu kerana tidak lagi gembira di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh ejenya Mino Raiola yang dilaporkan sudah pun didesak oleh Pogba untuk segera mencari kelab baharu untuknya dan mengesahkan telah dihubungi oleh beberapa kelab utama Eropah sebagai usaha untuk merealisasikan perpindahan keluarnya dari Old Trafford.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu turut dikaitkan untuk kembali ke Juventus yang boleh dianggap sebagai tempat beliau mencapai kemuncak kariernya sehingga disenarai sebagai kesebelasan terbaik dunia FIFA FIFPro pada 2015.

Bagaimanapun, Pogba yang menyertai United pada musim panas 2016 dengan rekod perpindahan dunia masih mempunyai baki kontrak sehingga Jun 2022 dan kelab Liga Perdana Inggeris itu

United pastinya tidak mahu kehilangan Pogba dengan harga yang murah, tetapi dengan prestasi semasanya ketika ini, pastinya tiada pasukan yang mahu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk seorang pemain di kala muzim pandemik ini.

Maka antara pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah membuat pertukaran pemain yang dirasakan boleh memberi kebaikan kepada kedua-dua pasukan yang terlibat.

United kini mungkin tiada masalah seandainya kehilangan Pogba kerana di bahagian tengah pasukan tersebut sudah pun ‘dibanjiri’ dengan deretan pemain tengah berkualiti termasuklah pemain baharu Donny van de Beek yang masih kurang diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama.

Ole Gunnar Solskjaer pastinya menyedari posisi yang agak kritikal buat pasukannya kini adalah pertahanan tengah. Ia dibuktikan dengan kesilapan-kesilapan mudah yang mengakibatkan gawang United terlalu mudah dibocori dalam beberapa perlawanan penting.

Pengurus baharu Juventus, Andrea Pirlo pula tentu mengetahui dengan jelas di manakah kekuatan sebenar Pogba kerana beliau merupakan ‘mentor’ pemain tengah Perancis itu ketika mereka berdua bergandingan sewaktu di Turin sebelum ini.

Seandainya Juventus mahukan Pogba, pemain yang boleh dibuat pertukaran adalah Matthijs de Ligt atau Merih Demiral. Dua pemain ini masih muda dan boleh menjadi pemain yang penting buat Untied untuk jangka masa panjang.

Jika bukan dua pemain tersebut, mungkin boleh dipertimbangkan juga untuk membawa pulang Cristiano Ronaldo, ia pastinya lebih menggembirakan penyokong setia The Red Devils.

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Paul Pogba dan Juventus:

Rene Meulensteen: Paul Pogba Tak Memenuhi Tahap Yang Diharapkan Man Utd

United Dah Ada Kesebelasan Terbaik Tanpa Martial, Pogba, De Gea & Shaw

Didier Deschamps: Paul Pogba Tak Gembira Di Manchester United

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN