RASMI: Zaquan Adha Pilih Kedah Kerana Tertarik Dengan Perancangan Rapi KFA

Penyerang skuad kebangsaan Zaquan Adha Abdul Radzak sah menyertai pasukan Kedah dengan kontrak selama semusim untuk 2019. Zaquan yang bermain di posisi serangan diharap dapat memperkuatkan lagi jentera serangan Hijau Kuning.

Sebelum ini naib pesiden KFA – Anas Hafiz Mustapha – menyatakan, mereka mendapat tahu Zaquan berminat menyertai Kedah dengan beberapa nama besar yang lain. Namun begitu KFA menilai beberapa perkara termasuk struktur tangga gaji pasukan, budget dengan permintaan Zaquan.

Anas Hafiz menganggap ia petanda positif bahawa pasukan Kedah masih menarik perhatian pemain-pemain ternama.

Seterusnya KFA menangguhkan perbincangan dengan Zaquan Adha untuk memberikan ruang kepada pemain itu menumpukan sepenuh perhatian kepada tugasannya di Piala AFF Suzuki 2018.

Zaquan yang menjadi kapten skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2018 telah berjaya membantu Harimau Malaya menamatkan saingan sebagai naib juara.

Kedah berharap bekas penyerang KLFA dan JDTII ini dapat mencurahkan pengalaman beliau kepada para pemain muda dalam skuad utama Kedah.

Zaquan mendedahkan beliau berminat menyertai Kedah kerana perancangan rapi pengurusan KFA pada musim ini. Ianya dikuatkan lagi Dengan perlantikan Aidil Sharin sebagai ketua jurulatih Kedah.

Selain daripada Zaquan Adha, Kedah turut mengumumkan 2 pemain import baharu mereka iaitu Renan Alves dan Fernando Rodriguez.

Renan Alves merupakan bekas pemain pertahanan Borneo FC – bermain di liga Indonesia. Sementara itu, Fernando Rodriguez merupakan bekas penyerang Ceres Negros. Beliau menggantikan tempat Paulo Rangel.

(Kredit foto: Media rasmi Kedah FA)

Leave a Reply