UCL 2018/19: Wakil England Berdepan Laluan Berliku Di Pusingan 16 Terbaik

UCL 2018/19

Sebentar tadi telah berlangsung undian pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara musim 2018/19.

Juara peringkat kumpulan akan menentang naib juara kumpulan. Perlawanan kedua akan diadakan di stadium bagi setiap juara kumpulan.

Ini bererti, naib juara kumpulan akan menjadi hos bagi perlawanan pertama. Pasukan daripada liga yang sama tidak akan diundi menentang satu sama lain dalam pusingan ini.

Dramatik

Juara 13 kali, Real Madrid diundi berhadapan Ajax Amsterdam. Wakil Belanda itu pernah menjulang trofi ini sebanyak 4 kali.

Wakil tunggal Portugal, Porto akan bertandang ke Rom untuk menempah pertemuan menentang semi finalis musim lalu, AS Roma.

Liverpool, pemenang 5 kali dari England dan naib juara musim lalu akan berdepan laluan getir bertemu wakil Jerman, Bayern Munich. Bayern juga pernah memenangi kejohanan ini sebanyak 5 kali.

Satu lagi wakil England, Manchester United turut berdepan laluan sukar apabila diundi menentang gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

Manakala Tottenham Hotspur akan menentang pendahulu Bundesliga, Borussia Dortmund.

Undian penuh

Schalke 04 (Jerman) lawan Manchester City (England)

Atletico Madrid (Sepanyol) lawan Juventus (Itali)

Manchester United (England) lawan Paris St Germain (Perancis)

Tottenham Hotspur (England) lawan Borussia Dortmund (Jerman)

Olympique Lyon (Perancis) lawan Barcelona (Sepanyol)

AS Roma (Itali) lawan Porto (Portugal)

Ajax Amsterdam (Belanda) lawan Real Madrid (Sepanyol)

Liverpool (England) lawan Bayern Munich (Jerman)

Tarikh perlawanan

Perlawanan pertama akan berlangsung sama ada pada pertengahan Februari 2019. Perlawanan timbal balik dijangka akan dilangsungkan pada awal Mac 2019.

Undian manakah yang menarik bagi anda pada fasa ini?

Leave a Reply