Pahang Tak Pernah Berminat Nak Dapatkan Evan Dimas

Evan Dimas

Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang menepis spekulasi yang mengaitkan kelab tersebut dengan pemain tengah skuad kebangsaan Indonesia, Evan Dimas bagi mengisi slot pemain import kuota Asia Tenggara dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut sumber Kosmo!, Mohammed Suffian menegaskan bahawa Pahang tidak pernah mensasarkan untuk membawa masuk pemain yang pernah merasai pengalaman dalam kancah bola sepak tempatan [bersama Selangor] itu.

Beliau berpendapat faktor kekangan kewangan amat mempengaruhi perbelanjaan pasukan dan mahu langkah penjimatan diamalkan dalam usaha mendapatkan pemain baharu.

“Saya tidak tahu kenapa Evan dikaitkan ke pasukan Pahang. Mungkin kerana kami pernah menandatangani pemain Indonesia iaitu Saddil Ramdani pada musim lepas.”

“Namun, secara jujur kami memang tidak berminat untuk mendapatkan Evan kerana bajet pasukan tidak begitu besar dan kami hanya mencari pemain yang sudi menerima apa yang pasukan boleh tawarkan kepada mereka.”

“Buat masa ini, hanya Herold Goulon yang dikekalkan selain kami juga mengesahkan dua pemain import baharu iaitu Lee Andrew Tuck dan Sergio Aguero,” ujar Suffian bercakap kepada wartawan Kosmo.

Selain daripada Saddil Ramdani, antara pemain dari Asia Tenggara yang pernah beraksi untuk pasukan Pahang ialah Safuwan Baharudin [Singapura], Chan Vathanaka [Kemboja] dan Adam Reed dari Filipina.

Mengulas mengenai Evan Dimas, laporan sebelum ini menyebut Terengganu FC (TFC) dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun itu tetapi faktor kewangan menjadi penghalang buat pasukan yang akan beraksi dalam saingan Piala AFC 2021 itu.

Kredit featured image: Andrew Gal/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pahang:

Lee Tuck: Pahang Adalah Pilihan Terbaik Buat Saya

Desas Desus Tagih Anak Jati, Abdul Malik Mat Arif Kembali Ke Pahang?

Mohammed Suffian: Nama Sri Pahang Dapat Undian Tertinggi Peminat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN