Arteta Puji Sumbangan Pepe Bantu Arsenal Ke Pusingan 32 UEL 2020/21

Arteta Pepe

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui gembira melihat aksi ditampilkan Nicolas Pepe ketika membantu The Gunners mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Molde pada perlawanan keempat Liga Europa (UEL) 2020/21 yang berlangsung di Aker Stadion, awal pagi tadi.

Keadaan itu juga merupakan respon pantas dijelmakan oleh Pepe selepas beliau dikecam teruk susulan layangkan kad merah sewaktu pertemuan bertemu Leeds United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin lalu.

Pemain kelahiran Perancis yang beraksi untuk skuad kebangsaan Ivory Coast itu berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-50 menerusi penyudah cantik dalam kawasan penalti setelah beliau menerima hantaran lintang daripada Joe Willock.

Sehubungan dengan itu, Arteta gembira melihat Pepe dapat bangkit daripada ‘mimpi buruk’ pada aksi minggu lalu sekali gus turut membantu dalam meneruskan kemaraan Arsenal ke pusingan 16 kempen UEL musim ini.

”Saya sangat gembira. Jelas sekali sekali kekecewaan [kad merah bertemu Leeds], sesuatu yang negatif, anda mahu untuk melihat reaksinya dan bangkit dengan pantas.”

”Saya dapat melihat daripada minit pertama lagi, daripada bahasa tubuhnya, yang menunjukkan dia benar-benar bersedia untuk memberikan tindak balas [positif],” ujar Arteta menurut laporan Goal.

”Saya merasakan dia menunjukkan persembahan yang hebat. Dia menjaringkan satu gol, dia boleh untuk menambah satu atau dua gol lagi. Dia mencipta beberapa peluang terbaik dalam perlawanan ini dan bekerja keras untuk pasukan.”

”Saya sangat menyukainya. Saya benar-benar gembira dengan keadaan ini.”

”Kita semua tahu di mana tahapnya dan setiap masa soalan akan bertanyakan berapa kerap dia akan dapat sampai ke tahap itu dan bagaiamana dia dapat menyumbang buat pasukan bagi aspek lain dalam permainan.”

Sementara itu, dua lagi jaringan pada perlawanan tersebut disumbangkan oleh dua pemain muda, Reiss Nelson dan Folarin Balogun pada minit ke-55 dan 83 bagi melengkapkan kemenangan 3-0 tersebut.

Kredit featured image: David Price/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Jack Wilshere: Kembali Ke Arsenal? Ia Mungkin Sekadar Mimpi

Nacho Monreal: Mikel Arteta Telah Membawa Udara Segar Di Arsenal

Mikel Arteta: Arsenal Miliki Masa Depan Yang Cerah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN