Satiananthan Bimbang Pasukan Lebih Cenderung Cari Jurulatih Import

Satiananthan

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Satiananthan mahu barisan jurulatih tempatan dapat meningkatkan lagi ilmu kejurulatihan bagi membuktikan kredibiliti mereka lebih baik berbanding jurulatih import yang ketika ini semakin bertambah dalam kancah bola sepak tanah air.

Harapan besar Satiananthan itu susulan rasa kebimbangannya apabila melihatkan kepada trend terkini pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia lebih cenderung untuk merekrut pengendali dari negara luar.

Yang terbaharu, pasukan Selangor dan Kuala Lumpur turut mendapatkan khidmat jurulatih import apabila pasukan gergasi merah itu membawa masuk Karsten Neitzel daripada Jerman manakala skuad warga kota pula telah mencapai kata sepakat dengan jurulatih kelahiran Chile iaitu Simon Elissetche.

Menurut sumber laporan dikeluarkan Berita Harian (BH) Online, Satiananthan bagaimanapun menyedari bahawa setiap kelab mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja diinginkan bagi membimbing pasukan masing-masing dan mengakui tiada apa yang boleh dilakukan oleh pihak PBJM.

“Kita harus sedar ramai lagi jurulatih tempatan yang nak ambil lesen Pro A, belanja besar RM60,000, hingga RM65,000, kalau tak dapat kerja…nak buat apa.”

“Satu lagi saya tengok ramai orang (jurulatih) Eropah datang sini sebab negara dia tiada kerja. Kalau dia betul-betul jurulatih yang hebat tak datang sini.”

“Bagi saya, memang sedih kalau kita tengok sekarang trend di Malaysia ini. Ada jurulatih sudah lama tak kerja dekat Eropah, tapi datang sini senang-senang dapat kerja…tapi terpulanglah.”

“Bukan hanya ambil jurulatih asing, tapi pegawai fisioterapi pun dari luar negara. Saya bimbang, tetapi apa yang kita boleh buat kalau pasukan nak ambil orang luar juga,” ujar Satiananthan bercakap kepada wartawan BH Online.

Antara jurulatih import yang mewarnai kancah bola sepak Malaysia pada ketika ini ialah Benjamin Mora (JDT), Mehmed Durakovic (Perak), Aidil Sharin Sahak (Kedah), Frank Bernhardt (UiTM FC), Kurniawan Dwi Yulianto (Sabah), Rafael Gil Sanchez (JDT II), Michael Feichtenbeiner (Selangor 2) dan Akira Higashiyama (Kuching FA)

Baca artikel lain dari kami mengenai B. Satiananthan:

RASMI: Selangor Pecat B. Satiananthan Serta Merta

Mungkin Taktik Saya Tidak Bagus, Kata B. Satiananthan

Satiananthan: Malapetaka Ambil Pemain Amatur Main Liga-M

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN