Sergio Aguero, Lee Tuck Sah Bergelar Pemain Import Baharu Pahang

Aguero Lee Tuck

Dua pemain import yang berpengalaman dalam kancah Liga Malaysia, Sergio Ezequiel Aguero dan Lee Tuck kini sah bergelar pemain baharu buat pasukan Pahang bagi menghadapi kempen musim baharu.

Perkembangan terbaharu itu telah disahkan oleh Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang menurut sumber yang dikeluarkan oleh Berita Harian (BH), malam tadi.

Kedua-dua pemain itu telah merasai pengalaman beraksi di pentas bola sepak tanah air sejak tahun 2017 apabila Aguero beraksi bersama Melaka United. Selepas semusim, pemain kelahiran La Rioja, Argentina itu memperkuatkan jentera serangan Selangor United dan kemudiannya Pulau Pinang.

Kelab terakhirnya pada musim lalu ialah Kuala Lumpur (KL) Rovers yang beraksi dalam saingan Liga M3, namun kempen tersebut terpaksa dibatalkan susulan wabak COVID-19 yang melanda.

Manakala Lee Tuck pula seperti diketahui memulakan kariernya di Malaysia bersama Negeri Sembilan sebelum memilih untuk bersama Terengganu FC (TFC) pada 2018 sehingga 2020. Faktor kewangan dikatakan menjadi antara faktor perpisahan dengan TFC meskipun kedua-dua pihak dilihat masih memerlukan antara satu sama lain.

Kredit foto: Terengganu Football Club

Sehubungan dengan itu, kehadiran Aguero dan Lee Tuck menyaksikan Pahang hanya memerlukan dua lagi pemain import daripada kuota Asia dan Asia Tenggara untuk diisi selepas skuad Tok Gajah mengekalkan khidmat pemain pertahanan kelahiran Perancis, Herold Goulon buat musim ketiga.

“Selepas mengadakan perbincangan, Aguero dan Tuck bersetuju menyarung jersi skuad Pahang,” ujar Mohammed Suffian bercakap kepada wartawan BH Online.

“Kehadiran dua import ini diyakini mampu memperkasakan pasukan yang turut dibarisi dua lagi import baharu.”

“Bagi musim depan, hanya Herold Goulon kekal bersama Pahang dan dua lagi kuota akan diisi pemain dari Asia dan Asia Tenggara.”

Mohammed Suffian juga mengesahkan pemain daripada kuota Asia dan Asia Tenggara tersebut akan memperkuatkan jentera pertahanan dan serangan pasukan juara Liga Super edisi pertama itu.

Kredit featured image: Facebook KL Rovers

Baca artikel lain dari kami mengenai pasukan Pahang:

Lee Tuck Semakin Hampir Sertai Pahang

Pahang Dikhabarkan Bakal Tagih Sentuhan Sergio Aguero

Faisal Halim, Dickson Nwakaeme Sah Tidak Lagi Bersama Pahang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN