Kelibat Rabih Ataya Di Alor Setar, Sah Bakal Sarung Jersi Kedah

Rabih Ataya UiTM FC Kedah 2021

Telah berlegar di media sosial kelibat pemain skuad kebangsaan Lubnan, Rabih Ataya di Stadium Darul Aman, seakan-akan mengesahkan beliau akan menyertai Kedah.

Sebelum ini dikhabarkan pemain yang beraksi bersama UiTM FC pada musim 2020 itu bakal beralih angin ke Kedah dan tentunya beraksi di saingan Piala AFC 2021 menjadi ‘umpan’ terbaik untuk pemain tersebut meninggalkan skuad The Lions.

Beliau cemerlang membantu mereka meraih kedudukan ke-6 di Liga Super selepas tampil 810 daripada 990 minit sepatutnya iaitu sembilan penampilan. Ini merupakan musim pertama UiTM FC di liga utama dan ia adalah pencapaian yang cukup baik.

Rabih Ataya yang beraksi di bahagian sayap turut menyumbang dua gol buat mereka selain merupakan tonggak utama dalam membina asakan ke kubu lawan. Menurut seorang penyokong Kedah, ini adalah pemain terbaik yang dibawa masuk oleh Kedah.

Pengguna Facebook, Lazar Fauzanovic berkata, “Rabih [Ataya] ni typical attacking minded, aku rasa Aidil [Sharin] lebih memerlukan pemain tengah serangan berbanding baka lain memandangkan Aidil menggunakan double pivot dalam sistem beliau.”

“Dalam dua musim Aidil bersama Kedah, kita dapat lihat Aidil cuba membina sistem ini dengan pemain seperti Anmar [Almubaraki], Edgar [Bernhardt] dan Amin Nazari,” jelasnya lagi yang menekankan yang Rabih Ataya adalah pilihan terbaik ke Piala AFC.

Boleh beraksi di mana-mana posisi di tengah memberikan kelebihan buatnya yang telah membuat 18 penampilan bersama skuad kebangsaan Lubnan. Ini sememangnya pemain yang digemari oleh Aidil Sharin dan mampu menyuntik tonik di jentera tengah.

Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, ejen pemain itu telah mengesahkan yang Rabih Ataya sudah bersetuju untuk menyertai skuad Helang Merah dalam perjumpaan dengan pihak pengurusan Kedah, pagi tadi. Dengan penyertaannya, Kedah sudah mendapat pengganti kepada pemain import sebelum ini, Amin Nazari.

Amin Nazari gagal memberikan impak yang sepatutnya walaupun telah diberikan peluang tampil dalam kesebelasan utama pasukan dalam lapan perlawanan. Hanya satu bantuan gol mampu dihasilkannya dalam 535 minit penampilannya musim ini.

KREDIT FATURED IMGAE: ARENA HIJAUKUNING

Baca lagi mengenai Rabih Ataya dan Kedah:

Sepatutnya Tiba 18 Mac, Keluarga Rabih Ataya Terpaksa Berpatah Balik

Rabih Ataya Mula Pamer Sentuhan Sebenar Bersama UiTM FC

5 Pemain Lubnan Yang Perlu Diawasi Oleh Skuad Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN