Walaupun Dapat Berbakul Kritikan, Jerman Tetap Kekalkan Joachim Low

Joachim Low Jerman

Sekalipun Jerman tewas dengan keputusan yang cukup mengaibkan selepas dibelasah 6-0 oleh Sepanyol, Joachim Low telah diberi jaminan bahawa kedudukannya selaku ketua jurulatih masih terjamin.

Ianya merupakan kekalahan terbesar pemenang Piala Dunia 2014 itu dalam aksi kompetitif dan menyebabkan mereka gagal mara ke pusingan akhir kejohanan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) selepas hanya menamatkan saingan di peringkat kumpulan A2 di tempat kedua.

Pengarah pasukan kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff menegaskan Low akan kekal mengendalikan pasukan tersebut sekurang-kurangnya sehingga kejohanan Euro yang akan berlangsung pada tahun depan.

“Perlawanan ini tidak mengubah apa-apa. Kami masih meletakkan kepercayaan kepada Joachim Low, tidak syak lagi tentang perkara itu.

“Dengan pasukan kebangsaan, kamu perlu berfikir dan membuat analisis daripada satu kejohanan ke kejohanan yang seterusnya. Kamu mahu dapatkan hasilnya di kejohanan Euro tahun depan.”

Dalam pada itu, kritikan terhadap Low tertumpu kepada keputusan jurulatih berusia 60 tahun itu untuk tidak menyenaraikan tiga pemain senior iaitu Thomas Muller, Jerome Boateng dan Matt Hummels.

Bekas pemain tengah Jerman, Mesut Ozil turut menyatakan pandangannya mengenai kekalahan tersebut dan melihat keperluan untuk Jerman mengukuhkan bahagian pertahanan mereka dengan memanggil semula Boateng.

Low menggandingkan Niklas Sule dan Robin Koch di pertahanan tengah dan kemudian Jonathan Tah masuk menggantikan Sule pada separuh masa kedua. Namun Ozil melihat semua pemain tersebut masih mentah dari sudut pengalaman.

Boateng dan Muller telah membantu Bayern Munich meraih lima kejuaraan pada tahun ini di mana mereka menjuarai Bundesliga, DFB-Pokal, Liga Juara-Juara Eropah, Piala Super DFL dan Piala Super Eropah.

Musim lepas, Muller telah merekodkan 14 gol dan 26 bantuan gol dalam semua pertandingan. Namun ia tidak cukup untuk mengubah pendirian Low yang bertegas mahu menyenaraikan muka baharu dalam skuad kebangsaan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pasukan Jerman:

Toni Kroos: Sepanyol Ajar Kami Cara Bermain Bola Sepak

Benarkah Skuad Jerman Juara Piala Dunia 2014 Terkena ‘Sumpahan’? [Bahagian 1]

Benarkah Skuad Jerman Juara Piala Dunia 2014 Terkena ‘Sumpahan’? [Bahagian 2]

Benarkah Skuad Jerman Juara Piala Dunia 2014 Terkena ‘Sumpahan’? [Bahagian Akhir]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN