Dikaitkan Bakal Berhijrah, Shahrel Akui Masih Sayangkan Skuad ‘Yob’

Shahrel Fikri

Penjaring 10 gol CIMB Liga Super Malaysia 2020, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi dilihat masih berteka-teki berhubung masa depannya bersama Perak apabila mendedahkan beliau masih menyayangi pasukan yang diwakilinya sejak musim lalu itu.

Mempamerkan aksi bertenaga pada musim ini termasuklah keupayaannya meledakkan empat jaringan ketika pertemuan menentang Felda United, Shahrel dikatakan telah menarik minat pasukan Selangor untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut sumber Bernama, Shahrel mengakui beliau masih mempunyai masa untuk membuat keputusan mengenai masa depannya bersama skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu berikutan kontraknya hanya akan berakhir pada 31 Disember nanti.

“Tipulah kalau kata tidak sayang Perak. Dua tahun beraksi bersama pasukan dan rakan-rakan.”

”Memang banyaklah kenangan manis sepanjang tempoh itu,” ujar pemain berusia 26 tahun itu bercakap kepada wakil Bernama.

Dalam perkembangan sama, Shahrel Fikri turut mengakui pertemuan sudah dibuat bersama pengurusan pasukan Perak pada bulan lalu tetapi butiran lanjut berhubung perbincangan tersebut tidak didedahkan oleh pemain kelahiran Tawau itu.

Sebelum ini, laporan Semuanya BOLA menyebut pengurus pasukan, Dato’ Adly Shah Ahmad Tah akan menghormati segala keputusan yang dibuat oleh Shahrel selepas pihaknya sudah menyatakan minat untuk terus mengekalkan pemain tersebut bersama Perak.

”Saya telah berjumpa dengan Shahrel bagi membincangkan tentang keinginan Perak untuk mengekalkan khidmatnya bagi menghadapi saingan musim 2021.”

”Segala keputusan kami serahkan kepadanya untuk memberikan kata putus berhubung perkara ini dan pihak kami tidak dapat menghalang sekiranya dia berhajat meninggalkan pasukan untuk mewakili pasukan lain pada musim depan.”

”Kami akan menghormati setiap apa sahaja keputusannya,” ujar Adly Shah.

Kredit featured image: Perak TBG 

Baca artikel lain dari kami mengenai Shahrel Fikri:

Shahrel Fikri Positif Segala Keputusan Yang Bakal Diambil MFL

Irfan Zakaria: Bukan Tugas Mudah Nak Kawal Shahrel Fikri

Adly Shah: Segalanya Terletak Di Tangan Shahrel Fikri

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN