Selepas Juventus dilaporkan bersedia untuk menjual Cristiano Ronaldo selepas musim ini berakhir, timbul gesaan supaya Manchester City bersedia untuk mendapatkan penyerang Portugal tersebut.
Sebelum ini kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan dikatakan menjadi pilihan utama buat penyerang Argentina, Lionel Messi yang hampir meninggalkan Barcelona pada musim panas lepas, namun perpindahan tersebut gagal direalisasikan.
Skuad kendalian Pep Guardiola agak bergelut pada musim ini dan dilihat bermasalah di hadapan gol selepas penyerang utama Sergio Aguero dilanda kecederaan hamstring dan hanya beraksi tiga perlawanan sahaja.
BREAKING: Cristiano Ronaldo has scored 71 goals in 94 games, won two Serie A titles but Juventus want to get rid of Cristiano Ronaldo for this reason 👇https://t.co/QzNJShliz9
Are they mad? 🤯 pic.twitter.com/LEC28Jvp2t
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) November 9, 2020
Oleh yang demikian, gandingan Messi-Ronaldo tentunya menjadi ‘tonik’ terbaik untuk pasukan berkenaan yang pasti mahu kembali merebut kejuaraan EPL dan mendapatkan trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang diimpikan selama ini.
Masalah utama Manchester City pada musim ini adalah untuk mendapatkan jaringan gol dan tentunya mereka memerlukan ‘mesin gol’ seperti dua pemain tersebut yang masih mampu meledak lebih 30 gol setiap musim bersama pasukan masing-masing.
Walaupun Ronaldo ketika ini sudah berumur 35 tahun sementara Messi pula 33 tahun, namun kedua-dua pemain tersebut sudah membuktikan kecergasan dan fizikal mereka masih berada di tahap terbaik.
Baru-baru ini Barcelona dilaporkan mahu mengambil tindakan drastik untuk memulihkan kewangan pasukan termasuk membuat pemotongan gaji pemain-pemain utama mereka. Maka tindakan untuk tidak mengekalkan Lionel Messi pada musim depan pastinya dapat membantu.
Man City stars discussed club making Lionel Messi and Cristiano Ronaldo transfers https://t.co/XF8kSb0P90 pic.twitter.com/JqlWnsV58r
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 7, 2020
Sekiranya perpindahan Ronaldo ke Etihad menjadi kenyataan, ia tentunya melukakan hati penyokong Manchester United di mana kelab tersebut menjadi tempat beliau berkembang menjadi pemain terbaik dunia di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson satu masa dahulu.
Adakah peminat bola sepak berpeluang untuk menyaksikan dua pemain terbaik dunia ini beraksi dalam satu pasukan tidak lama lagi? Dengan kekuatan kewangan Manchester City yang dimiliki oleh jutawan dari timur tengah, pastinya ia tidak mustahil.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi:
Jawapan Kylian Mbappe Bila Ditanya Nak Messi Atau Ronaldo Dalam Pasukannya
Iker Casillas: Cristiano Ronaldo Lebih Mengagumkan Berbanding Messi
Van Persie Tak Pilih Ronaldo Atau Messi Untuk Ballon d’Or Tahun Ini