Pahang tersingkir daripada TM Piala Malaysia 2020 apabila tumbang 2-3 kepada Kedah dan tentunya fokus utama Dollah Salleh adalah kepada Dickson Nwakaeme.
Manakan tidak, kapten Tok Gajah itu sebenarnya boleh membantu Pahang sedikit awal bangkit untuk mendekatkan jurang gol dengan Kedah namun sepakan penalti yang diambilnya hanya sekadar singgah di palang gol yang dikawal oleh Azri Ghani. Pengendali, Dollah Salleh tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya.
FT | KEPUTUSAN MASA PENUH@OfficialJohor 1-0 @KuchingFA
@fa_penang 3-1 @feldaunitedfc @official_kfa 3-2 @officialpahang #TMPialaMalaysia2020#KEDPHG#JDTKUC#PENFEL#MFLLive pic.twitter.com/Lw1iQiMf8j— MFL LIVE (@MFL_Live) November 6, 2020
“Ada terkilan jugaklah. Kalau penalti itu masuk, kita ada banyak masa lagi jadi, inilah bola sepak. Dalam latihan, selalu dia ambil masuk. Benda dah tak masuk, nak buat macam mana,” ujar Dollah Salleh mengenai insiden penalti yang gagal diterjemahkan dengan jaringan gol oleh Dickson Nwakaeme pada minit ke-79.
Ketika itu Pahang ketinggalan 1-3 selepas pertahanan, Muslim Ahmad berjaya menanduk masuk jaringan pertama buat mereka di awal babak kedua. Kedah lebih garang di babak pertama mendahului perlawanan dengan jurang tiga gol menerusi tandukan Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan rembatan Kipre Tchetche.
Sebagaimana yang dapat dilihat, Pahang menguasai perlawanan dengan baik namun masalah kombinasi di final third yang membezakan kedua-dua pasukan. Ini juga diakui oleh Dollah Salleh yang mana baginya, Ivan Carlos gagal untuk membantu pasukan apabila sejak awal digandingkan bersama-sama Dickson Nwakaeme.
https://twitter.com/damputtzz/status/1324728973285236738
Dickson Nwakaeme pula sebaliknya telah bekerja keras dalam cuba mengucar-kacirkan benteng tuan rumah dan adakalanya dilihat berjaya. Namun, mungkin masalah kombinasi di jentera hadapan sedikit mengganggu mereka.
Jelasnya lagi, “Dia [Dickson Nwakaeme] pun sebenarnya telah berikan yang terbaik. Cuma dalam separuh masa pertama, bila saya gandingan Dickson dengan Ivan Carlos, nampak tidak menjadi. Selepas saya keluarkan Ivan Carlos baru nampak menjadi.”
Usaha Pahang untuk bangkit mendekatkan jurang gol hanya berjaya pada minit ke-88 apabila pemain gantian, Faizal Rani berjaya meledak gol kedua selepas berhasil untuk melepasi perangkap offside benteng tuan rumah. Ia jelas sudah terlambat buat anak didik Dollah Salleh untuk kembali dalam perlawanan tersebut.
Dengan kekalahan tersebut, Pahang menamatkan saingan musim 2020 tanpa sebarang kejuaraan, malah sebelum itu menamatkan saingan Liga Super di tangga kelapan menjadikan ia musim yang hambar buat semifinalis Piala Malaysia 2019 itu.
KREDIT FEATURED IMAGE: MFL
Baca lagi artikel mengenai Dollah Salleh dan Dickson Nwakaeme:
Berdepan Pahang, Baddrol Bakhtiar Teringat Kisah 8-8 Musim Lepas
Sebelum Dilantik, Dickson Nwakaeme Memang Seperti Seorang Kapten