Beberapa hari lalu, TRW Kelantan FC mengumumkan pemenang bagi pertandingan mencipta logo baharu untuk digunakan oleh Kelantan FC pada musim hadapan.
Walaubagaimanapun, hasil rekaan Muhammad Afiff Hakimi Anuar itu telah menerima kritikan penyokong dek kerana dikatakan bukan imej kijang yang digunakan. Begitupun, pihak pengurusan Kelantan FC memaklumkan ia sebenarnya masih tertakluk kepada perubahan yang bakal dibuat oleh pemilik, Tuan Norizam Tukiman.
Loga Kelantan FC yang diumumkan juara sekali lagi menjadi tumpuan apabila rekaan kepala rusa itu mirip dengan satu rekaan dilaman web 'stock vector'. pic.twitter.com/R7JzNvuIPx
— Empayar Bola (@empayarbola) October 30, 2020
Ketika mengumumkan pemenang daripada 10 finalis pertandingan mencipta logo tersebut, laman rasmi Facebook TRW Kelantan FC turut memaklumkan bahawa ia belum dimuktamadkan. Ungkapnya, “Logo yang dipilih bukan logo muktamad, tetapi akan diubah mengikut kesesuaian dan citarasa pemilik TRW Kelantan FC.”
Akhirnya, pagi ini, Kelantan FC telah mendedahkan logo baharu yang telah diubahsuai untuk kegunaan kelab tersebut pada saingan Liga Premier musim 2021. Terdapat beberapa perubahan telah dibuat terutamanya kepada imej haiwan yang dikatakan sebelum ini lebih mirip kepada kepala seekor rusa bukanlah kijang.
Jadi, ianya dalam masa yang sama turut menyelesaikan isu mengenai rekaan kepala rusa mirip kepada rekaan di laman web ‘stock vector’ yang didedahkan sebelum ini.
Tahniah kepada saudara Afiff Hakimi kerana logo ciptaannya telah dipilih sebagai pemenang oleh pemilik Kelantan Fc, BosZam.
Walaubagaimanapun, logo ini mungkin akan diubah suai mengikut kesesuaian & citarasa pemilik kelab sebelum dimuktamadkan nanti.#Trw2021 pic.twitter.com/etEzEzfnBs
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) October 28, 2020
Walaupun masih terdapat segelintir yang cuba memberi ‘tunjuk ajar’ mengenai logo yang mereka inginkan, namun, inilah logo yang telah dimuktamadkan oleh pemilik pasukan. Dan majoriti penyokong dilihat positif dengan perubahan tersebut.
Antara komen-komen yang didapati daripada posting mengenai pemilihan logo baharu itu adalah daripada pemilik Facebook, Aman Ohh Yea yang berkata, “Kemah keming boh!”. Seorang lagi pemilik akaun, Shafiq Amin pula berkata, “Lawa. Kemas keming. Harap lepas ni tiada lagi doh isu takir menakir bab logo ni.”
Dalam pada itu, Kelantan FC sebelum itu turut memuat naik satu pengumuman mengenai isu hak cipta nama dan jenama Kelantan FC iaitu TRW memiliki secara eksklusif semua hak intelektual dan hak milik serta tanda dagang, hak cipta dan / atau karya berhak cipta sama ada dalam bentuk cetakan atau tidak bercetak.
Oleh itu, pihak pengurusan kelab mengingatkan kepada mana-mana penyokong yang mereka melarang sama sekali mana-mana pihak untuk menggunakan apa-apa Bahan Tanda Dagangan dan Hak Cipta TRW selepas ini termasuklah logo tersebut.
KREDIT FEATURED IMAGE: TRW KELANTAN FC
Baca lagi artikel lain mengenai Kelantan FC dan logo:
Marzuki Sulong Tak Pernah Terima Apa-Apa Elaun Sebagai Timbalan Presiden PBSNT
Selepas Berguru Dengan TMJ, Ini Yang Pemilik Baru Kelantan Kena Buat
Perjalanan 58 Hari ZamSaham Ubah Landskap Bola Sepak Kelantan